Friday, December 18, 2009

Destinasi cintaku yang hakiki


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku... Ya Allah..


Ya Rabbi,ampunkan aku...cintaku terhadapmu masih belum cukup lagi

Akanku cuba sepenuh hati,untuk menggapai cintamu yang hakiki

Ampunkan aku kerana wujud cinta terhadap makhlukmu melebihi engkau Ya Rabbi

Ampunkan aku Ya Rabbi,kini aku baru menyedari hakikat ini

Ampunkan hambamu yang lemah ini...amin

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge