Thursday, December 15, 2011

Ta'alim Masturat


Syukur kepada Allah yang memberikan kenikmatan2 yang melimpah ruah, mudah2han segala limpahan nikmat ini tidak menjadikan kita lalai dan leka dari tanggungjawab yang sebenar. Alhamdulillah, kelmarin, saya berpeluang mengikuti ta'alim masturat yan diadakan di rumah rakan bapa saya.

Apa itu ta'alim masturat? Sepanjang mengikutinya dari kecil ( selalu juga ponteng ), ta'alim masturat ini sama seperti ta'alim yang diadakan tetapi khusus untuk kaum wanita sahaja. Tapi apa itu ta'alim? Ta’lim, secara bahasa berarti pengajaran , secara istilah pula bererti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampian pengertian, pengetahuan dan ketrampilan. Program ta'alim yang saya ikuti menyampaikan ilmu agama melalui hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W dimana bertujuan untuk menghidupkan kembali roh2 kita agar sentiasa ingatkan Allah dan patuh kepadaNya.

Program ini selalu saya ikuti bersama mak dan adik-adik perempuan pada hari sabtu. Lokasinya kadang-kadang berubah namun selalunya diadakan di Kg Huda berdekatan dengan balai polis.Pernah suatu ketika, satu jemaah masturat dari Indonesia datang ke sini dan Alhamdulillah, silaturrahim antara hamba Allah dari dua negara terjalin.

Pada awal majlis ta'alim masturat, biasanya akan dibaca kitab-kitab dimana antaranya adalah kitab karangan Imam Al-Ghazali, Ihya Ullumuddin atau Minhajul Abideen, kitab karangan Imam An-Nawawi, Riyadhus Soliheen, di samping kitab-kitab karangan ulama’ hadith tempatan yang lain (sekadar menyebut beberapa kitab yang sering dibaca)l diadakan. Seterusnya, akan diadakan ....saya x ingat istilahnya tapi salah seorang daripada masturat akan menerangkan tentang 6 sifat para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika kita ikuti , Insyaallah akan bawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Kadang-kadang, jemaah masturat akan diperdengarkan bayan oleh kaum muslimin. Pernah sekali saya mengikuti majlis ini, ada jemaah dari India membuat bayan. Bahasa yang diguna pula, kalau x silap saya bahasa Urdu. Nasib baik ada translator, bolehlah saya memahami apa yang diperkatakannya.

Berikut merupakan penerangan mengenai majlis ta'alim yang saya jumpa melalui internet. Penerangan dibawah lebih menjurus kepada majlis ta'alim yang diadakan dirumah.





Rumah yang didalamnya terdapat majlis ta'alim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulallah saw, maka akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.

Rumah yang diadakan majlis ta'alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat. diturunkan taufiq,hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan, ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan ta'alim akan membawa cahaya dan akibatnya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan damai.

Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta'alim di rumah kita:

1. Suami isteri dan keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya majlis ta'alim ini.
2. Tentukan waktu untuk ta'alim. Waktu yang terbaik untuk ta'alim adalah jika semua ahli keluargasedang berkumpul.
3. Melaksanakan ta'alim di tempat yang istiqamah.
4. Bawa adab-ada majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat,berwudhuk dan sebagainya.
5. Buku yang dipergunakan adalah kitab Fadhail A'mal.
6. Waktu untuk ta'alim dirumah adalah tidak terhad sekurang-kurangnya 30minint sehari.

Jika kita dapat membentuk majlis ta'alim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulallah saw dan para sahabat di dalam rumah kita. Insyaallah, sebagaimana Allah swt mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita. Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.

Tujuan diadakan Majlis Ta'alim:

1. Tujuan kita mengadakan Majlis Ta'alim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dan mendapat keredhaanNya.
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulallah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.
3. Apabila kita sering duduk di dalam majlis ta'alim Fadhail Amal. maka kita akan rasa ghairah untuk mengamalkan agama.
4. Majlis ta'alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha Luas.
5. Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.
6. Supaya kita dapat memiliki fikir dan risau seperti yang dimiliki oleh suami-suami kita. Dengan demikian, sepasang suami isteri akan memiliki fikir dan risau yang sama.
7. Untuk mengetahui segala perintah Allah swt dan Sunnah2 Rasulallah saw serta alam akhirat.
Untuk menghubungkan ilmu dengan amal.
8. Untuk memasukkan Nur kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.

Keutamaan Majlis Ta'alim

Sebuah hadith menyebutkan yang ertinya "Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulallah saw bersabda, " Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya." ( hadith riwayat Muslim, Abu Daud)


Ada banyak sekali kelebihan yang akan kita peroleh apabila mengadakan majlis ta'alim, di antaranya majlis ini merupakan majlis ampunan dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang hanya kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt, orang itu tetap akan diampuni seperti yang lain. Allah swt akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:
1- Masjidil Haram
2- Makam Rasulallah saw
3- Pada bulan Ramadhan
4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

Jika kita senantiasa menghadiri majlis ta'alim, maka kita akan mendapat perbaikkan 5 aspek agama dalam kehidupan kita iaitu:
1- Imaniyah
2- Ubudiyah
3- Muammalah
4- Muasyarah
5- Akhlak

Kita juga akan mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa. Sebuah majlis ta'alim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak diingat nama Allah swt di dalamnya. Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta'alim seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Sesaat saja duduk di majlis ta'alim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang pesakit. Majlis ta'alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan. Apabila kita keluar rumah untuk menuntut atau mengajar ilmu kerana Allah swt, maka, 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya dibawah kaki kita dan semua makhluk Allah swt yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita.

Rasulallah saw bersabda bahawa majlis ini merupakan kebun-kebun syurga. Majlis ta'alim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw. Dan rumah yang didalamnya diadakan majlis ta'alim, maka rahmat dan keberkatan akan datang, sakinah. ketenagan, serta ketenteraman akan terwujud.
Amiinn



dibawah ini saya sediakan link untuk anda lebih memahami bagaimana ta'alim dijalankan dirumah dan kelebihannya.


http://www.apisbp.net/topics/artikel/2010/taalim-rumah-membina-semangat-kekeluargaan-akrab/

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge