Thursday, December 8, 2011

sebelum mengatakan taaruf


Bapa selalu pesan, sebelum perkahwinan individu itu mengikut hawa nafsu, selepas berkahwin hawa nafsu pon ikut serta. Jika sebelum perkahwinan mengikut syariat, Insyaallah Allah akan sentiasa lindungi perkahwinan itu. Dan buktinya adalah depan mata saya sendiri iaitu perkahwinan tok dan tok wan kekal bahagia sehingga hembusan nafas terakhir tokwan.

Petikan dibawah saya petik daripada sebuah blog. Semoga berguna untuk diri ini dan anda semua.


Wahai ikhwan jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang. Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.

Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat? Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.

Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:


1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya

Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.


2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)

Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak


3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya

Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.


4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan

Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.


5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya

Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.


6.Menentukan Waktu Khitbah

Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.


7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan

Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.


Semoga dengan menjalankan ciri – ciri ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/sebelum-kamu-bertaaruf/#ixzz1fvzLpM9X

Wednesday, December 7, 2011





Hati oh hati...
Bila kau nak terbuka ek?
Dah 3 tahun kau ada roomate bertudung labuh.
Aishah dan mak pon bertudung labuh...
Kau? Wahai Siti Fatimah Azzahra?


Hati oh hati
Kasihanilah diri.

Siti Fatimah Azzahra, nah....sila baca ini.

Bismillahirrahmanirrahim.....
“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]

“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46]

Saya percaya… ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru ‘dipanggil’ pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3:

Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.
Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali ‘terpikat’ dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.

Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,
Renungilah firman Allah;

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan. Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah:

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh:


1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.
Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.

Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.

Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]

Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.
Semoga bermanfaat, insyaAllah.

p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.
Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah…


sumber: http://wanwma.com/agama/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh/

Monday, December 5, 2011

Doa itu senjata bagi org teraniaya

Andai ada sesuatu yang ingin diungkapkan, Allah sentiasa mahu mendengar.
Tidak kiralah samada kisah yang ingin kita bicarakan adalah kisah sedih, gembira dan lain2.

Apabila kemarahan melanda, seringkali kita ( termasuk saya juga ) meluahkannya dengan cara yang salah.

Ya, kadang-kala kita teraniaya dan ingin pengadilan setimpalnya. Namun, kadang-kala saya lihat cara yang dilakukan x kena gayanya. Protes, mogok, bunuh? dan sebagainya .

Ya, mereka meluahkan perasaan mereka dengan cara begitu. Namun, kita sebagai seorang hamba seringkali terlupa bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang hendak kita luahkan. Dan pada Allah seharusnya kita bermohon pengadilan setimpalnya.

Ya, memang betul kita harus ada usaha. Tp, adakah usaha sebegitu yang patut kita lakukan? Adakah Allah akan mendengar rintihan kita melalui usaha sebegitu.

Ya, kita manusia banyak khilafnya. Namun jika keyakinan kita pada Allah utuh, kita takkan pilih cara sebegitu kan?

Ya, yakinlah Allah maha mengasihani hambanya yang lemah. Allah juga maha adil. Mungkin orang yang menganiaya ita tak mendapat balasan didunia. Jangan lupa, azab akhirat lebih dasyat dari dunia.

Allah adalah perfect. Jangan risau, Allah akan sentiasa bersama hambanya yang selalu bersamanya.


Bila kita teraniaya, kita tidaklah hanya menjadi si tuli, bisu dan pekak. Tapi ada cara yang boleh kita lakukan. Buat tindakan yang diredhai Allah, dan tinggal apa yang dimurkai Allah.

P/S untuk saya, dan hamba Allah yang lain yang banyak khilafnya
Sungguh saya x mengenali anda.
Saya juga x tahu bagaimanakah anda itu sebenarnya.
Tp,Allah jadikan post dan perkongsian yang anda beri sebagai satu asbab untuk saya berfikir sendiri apakah matlamat hidup yang perlu dicari.
Saya sedar, saya tidak sempurna seperti apa yang telah Islam gariskan.
Tp, terima kasih atas perkongsian yang membuat saya hati saya berasa untuk berundur sedikit.

Sunday, December 4, 2011

Aku akan kearah itu juga....sabar2, tidak lama lagi.

Saturday, December 3, 2011

5 Tips Berkesan Untuk Berubah

1. Mula berubah dengan yakin dan penuh keazaman.

Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

2. Lakukan secara perlahan-lahan.

Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

3. Lakukan perubahan pada masa sekarang.

Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

4. Berubah dengan niat yang ikhlas dan buat bersungguh-sungguh.

Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

5. Jadikan amalan itu sebagai tabiat.

Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. Lakukannya lagi dan lagi.

My Idol

Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia. Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW di angkat menjadi Rasul.


Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala.

Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a sudah mengalami penderitaan, merasakan kehausan dan kelaparan. Dia berkenalan dengan pahit getirnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Lebih dari tiga tahun, dia bersama ayah bondanya hidup menderita dibuang daerah akibat pemboikotan orang-orang kafir Quraisy terhadap keluarga Bani Hasyim.

Setelah bebas penderitaan setelah 3 tahun diboikot, datang pula ujian berat atas diri Siti Fatimah Az Zahra r.a, apabila wafatnya bonda tercinta, Siti Khadijah r.a. Perasaan sedih selalu sahaja menyelubingi hidup sehari-harinya dengan putusnya sumber kecintaan dan kasih sayang ibu.

Rasulullah SAW sangat mencintai puterinya ini. Siti Fatimah Az Zahra r.a adalah puteri bongsu yang paling disayang dan dikasihani junjungan kita Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW merasa tidak ada seorang pun di dunia, yang paling berkenan di hati baginda dan yang paling dekat di sisinya selain puteri bongsunya itu.

Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian:

“Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”

Penyataan baginda itu bukan sekadar cetusan emosi, melainkan suatu penegasan bagi umatnya, bahawa puteri baginda itu merupakan lambang keagungan peribadi yang ditinggalkan di tengah umatnya.

Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan sendiri ujian-uijian getir yang dialami oleh ayah bondanya, baik berupa gangguan-gangguan, mahupun penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan orang-orang kafir Quraisy. Siti Fatimah hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap keluarga Nubuwah, keluarga yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi komplot-komplot Quraisy. Suasana perjuangan itu membekas sedalam-dalamnya pada jiwa Siti Fatimah Az Zahra r.a dan memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadinya, serta mempersiapkan kekuatan rohaniah bagi menghadapi kesukaran-kesukaran di masa depan.

Setelah ibunya wafat, Siti Fatimah Az Zahra r.a hidup bersama ayahandanyaa. Satu-satunya orang yang paling dicintai. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah SAW ketika ditinggal wafat isteri baginda, Siti Khadijah. Pada suatu hari Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan ayahnya pulang dengan kepala dan tubuh penuh pasir, yang baru saja dilemparkan oleh orang-orang Quraisy, di saat ayahandanya sedang sujud. Dengan hati remuk-redam laksana disayat sembilu, Siti Fatimah r.a segera membersihkan kepala dan tubuh ayahandanya. Kemudian diambilnya air untuk mencucinya. Dia menangis tersedu-sedu menyaksikan kekejaman orang-orang Quraisy terhadap ayahnya.

Kesedihan hati puterinya itu dirasakan benar oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk menguatkan hati puterinya dan meringankan rasa sedihnya, maka Nabi Muhammad SAW sambil membelai-belai kepala puteri bongsunya itu, berkata, “Jangan menangis…, Allah melindungi ayahmu dan akan memenangkannya dari musuh-musuh agama dan risalah-Nya.”

Dengan tutur kata penuh semangat itu, Rasulullah SAW menanamkan daya juang yang tinggi ke dalam jiwa Siti Fatimah r.a dan sekaligus mengisinya dengan kesabaran, ketabahan serta kepercayaan bahawa Islam akan menang. Meskipun orang-orang sesat dan derhaka seperti kafir Quraisy itu sentiasa mengganggu dan melakukan penganiayaan-penganiayaan, namun Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan tugas risalahnya.

Pada ketika lain, Siti Fatimah r.a menyaksikan ayahandanya pulang dengan tubuh penuh dengan kotoran kulit janin unta yang baru dilahirkan. Yang melemparkan kotoran atau najis ke punggung Rasulullah SAW itu adalah Uqbah bin Mu’aith, Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf. Melihat ayahandanya berlumuran najis, Siti Fatimah r.a segera membersihkannya dengan air sambil menangis.

Nabi Muhammad rupa-rupanya menganggap perbuatan ketiga kafir Quraisy itu sudah keterlaluan. Kerana itulah maka pada waktu itu baginda memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT: “Ya Allah, celakakanlah orang-orang Quraisy itu. Ya Allah, binasakanlah Uqbah bin Mu’aith, ya Allah binasakanlah Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf.”

Masih banyak lagi pelajaran yang diperolehi Siti Fatimah dari penderitaan ayahandanya dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah. Semuanya itu menjadi bekal hidup baginya untuk menghadapi masa mendatang yang berat dan penuh ujian. Kehidupan yang serba berat dan keras di kemudian hari memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental.

Tepat pada saat orang-orang Quraisy selesai mempersiapkan komplot untuk membunuh Rasulullah SAW, Madinah telah siap menerima kedatangan baginda. Nabi Muhammad meninggalkan kota Makkah secara diam-diam di tengah kegelapan malam. Baginda bersama Abu Bakar As Siddiq meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta dan sanak saudara. Baginda berhijrah sepertimana dahulu pernah juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s.

Di antara orang-orang yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW termasuk puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah r.a dan putera bapa saudara baginda yang diasuh dengan kasih sayang sejak kecil, iaitu Sayyidina Ali r.a yang selama ini menjadi pembantu yang paling dipercayai oleh baginda.

Sayyidina Ali r.a sengaja ditinggalkan oleh Nabi Muhammad untuk melaksanakan tugas khas, iaitu berbaring di tempat tidur baginda untuk mengaburi mata orang-orang Quraisy yang bersedia hendak membunuh baginda. Sebelum Sayyidina Ali r.a melaksanakan tugas tersebut, ia dipesan oleh Nabi Muhammad SAW agar barang-barang amanah yang ada pada baginda dikembalikan kepada pemiliknya masing-masing. Setelah itu bersama semua anggota keluarga, Rasulullah SAW segera menyusul berhijrah.

Sayyidina Ali r.a membeli seekor unta untuk kenderaan bagi wanita yang akan berangkat hijrah bersama-sama. Rombongan hijrah yang menyusul perjalanan Rasulullah SAW terdiri dari keluarga Bani Hasyim dan dipimpin sendiri oleh Sayyidina Ali r.a. Di dalam rombongan Sayyidina Ali r.a ini termasuk Siti Fatimah r.a, Fatimah binti Asad bin Hasyim (ibu Sayyidina Ali r.a), Fatimah binti Zubair bin Abdul Mutalib dan Fatimah binti Hamzah bin Abdul Mutalib. Aiman dan Abu Waqid Al Laitsiy ikut bergabung dalam rombongan.

Rombongan Sayyidina Ali r.a berangkat dalam keadaan terburu-buru. Perjalanan ini tidak dilakukan secara diam-diam. Abu Waqid berjalan cepat-cepat menuntun unta yang ditunggang oleh kaum wanita, agar jangan dikejar oleh orang-orang Quraisy. Mengetahui hal itu, Sayyidina Ali r.a segera memperingatkan Abu Waqid, supaya berjalan perlahan-lahan, kerana semua penumpangnya adalah wanita. Rombongan berjalan melalui padang pasir di bawah sengatan terik matahari.

Di Dhajnan, rombongan Sayyidina Ali r.a beristirehat semalam. Ketika itu tiba pula Ummu Aiman (ibu Aiman). Ia menyusul anaknya yang telah berangkat lebih dahulu bersama Sayyidina Ali r.a. Bersama Ummu Aiman turut pula sejumlah orang muslimin yang berangkat hijrah. Waktu itu masing-masing sungguh sangat rindu ingin segera bertemu dengan Rasulullah SAW.

Waktu itu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As Siddiq sudah tiba dekat kota Madinah. Untuk beberapa waktu, baginda tinggal di Quba. Baginda menanti kedatangan rombongan Sayyidina Ali r.a. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar As Siddiq bahawa baginda tidak akan memasuki kota Madinah, sebelum putera bapa saudaranya dan puterinya sendiri datang.

Selama dalam perjalanan itu, Sayyidina Ali r.a tidak berkenderaan sama sekali. Ia berjalan kaki menempuh jarak 450 km sehingga kakinya pecah-pecah dan membengkak. Akhirnya tibalah semua anggota rombongan dengan selamat di Quba. Betapa gembiranya Rasulullah SAW menyambut kedatangan orang-orang yang disayanginya itu.

Ketika Nabi Muhammad SAW melihat Sayyidina Ali r.a tidak dapat berjalan kaki kerana kakinya membengkak, baginda merangkul dan memeluknya sambil menangis kerana sangat terharu. Baginda kemudian meludah di atas tapak tangan lalu diusapkan pada kaki Sayyidina Ali r.a. Dikatakan sejak itu sehinggalah wafatnya, Sayyidina Ali r.a tidak pernah mengeluh kerana sakit kaki.

Peristiwa yang sangat mengharukan itu sangat memberi kesan dalam hati Rasulullah SAW dan tidak dilupakan selama-lamanya. Berhubung dengan peristiwa itu, turunlah wahyu Ilahi yang memberi penilaian tinggi kepada kaum Muhajirin, seperti terdapat dalam surah Ali Imran ayat 195.

Ijab Kabul Pernikahan
Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dengan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja.

Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama-sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayyidina Ali r.a. Sewaktu Sayyidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gopoh, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah. SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan, bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayyidina Ali r.a. berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayyidina Ali r.a. berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayyidina Ali yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayyidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayyidina Ali r.a. untuk melamar puteri Rasulullah SAW.

Beberapa waktu kemudian, Sayyidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.

Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayyidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperoleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Thalib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”

Ummu Salamah meneruskan kisahnya, “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya, Rasulullah, itu kuterima dengan baik, “ jawab Ali bin Abi Tali r.a dalam pernikahan itu.

Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oelh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayyidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.

Sejarah menyaksikan bahawa Fatimah puteri Rasulullah adalah seorang wanita mulia yang menempuh berbagai ujian yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar dalam hidupnya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah, namun hidupnya bukannya disaluti kemewahan dan kesenangan, tetapi kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Saidina Ali, kehidupannya tetap susah. Walaupun Rasulullah pemilik kepada seluruh kekayaan di muka bumi tapi baginda tidak pernah mendidik anaknya dengan kemewahan.

Sewaktu menjadi isteri Sayyidina Ali, Siti Fatimah menguruskan sendiri keperluan rumahtangganya. Sayyidina Ali sering tiada kerana keluar berjuang bersama Rasulullah SAW. Setiap hari, Siti Fatimah mengangkut air dari sebuah perigi yang jauhnya dua batu dari rumahnya. Beliau mengisar tepung untuk keperluan makanan keluarganya. Dalam serba susah dan miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang terpaksa dihadapinya. Bahkan dikatakan bahawa seluruh kesusahan wanita di dunia ini telah ditanggung oleh beliau sehingga beliau tidak perlu dipologamikan. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.

Sewaktu Rasulullah SAW hampir wafat, dia menemani ayahnda kesayangannya itu. Ketika itu Rasulullah SAW telah berbisik ke telinga kanannya. Rasulullah memberitahu Siti Fatimah bahawa sudah sampai masanya untuk baginda mengadap Tuhan. Siti Fatimah sungguh sedih kerana akan berpisah dengan ayah yang sangat dikasihinya. Kemudian baginda berbisik ke telinga kirinya pula. Siti Fatimah tersenyum gembira. Rupa-rupanya, Rasulullah SAW menyatakan bahawa Siti Fatimah adalah orang yang pertama yang akan menyusuli baginda.

Siti Fatimah meninggal di usia 28 tahun, lebih kurang lima bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW.

Friday, December 2, 2011

Husnuzon

Bukan diri nak memberitahu satu dunia bahawa
"Ya, saya lah budak paling baik. Status dan post unsur keagamaan mesti kena update. Baru orang pandang kau alim"

TIdak, tidak dan tidak.
Diri ini hanya seorang hamba yang banyak khilaf.
Ya, ya dan ya,
Terlalu banyak khilaf.
Tapi, tidak adakah peluang untuk diri berkongsi apa yang baik untuk kita pelajari?
Ya, diri ini juga sedang belajar,
Dan apa yang baik lebih baik dikongsi
Agar diri dan insan yang lain daapt mengambil manfaat,
Ya, manfaat untuk keperluan kita nanti.

P/S: Bersangka baiklah. Status islamik bukan sebagai satu skrip drama bagi pelakon yang melakonkan watak islamik. Ya, agak sarkastik bunyi disitu. Tapi benda yang baik dan elok apa salahnya kita sama-sama ambil iktibar, kemudiannya kita sampaikan kepada org lain? Bukankah itu dakwah namanya? Berdakwah selari dengan zaman ini.

Thursday, December 1, 2011

Andai bunga itu layu, mampukah ia mekar kembali?

Ya Rabbi,
Ku lafazkan syukur yang tidak terhingga,
Kerna dikau masih memandang insan yang hina ini.

Ya Rabbi,
Bunga ini dulunya kian layu,
Dia tidak sedar apa yang kurangnya pada diri,
Kurangnya baja keimanan dalam dirinya,
Dan hampir pudar warnanya,
Ya, atas kelemahan dia sendiri.

Tapi Ya Rabbi,
Engkau maha pemurah lagi maha mengasihani,
Sifat pemurahmu tidak ada siapa yang dapat menandingi,
Terima kasih kerana bunga itu masih kau pandang,
Lalu dilintaskan niat selalu untuk melakukan perubahan pada diri.

Bukan kerna mahu dipandang tinggi,
Bukan mahu menandingi bunga-bunga yang lain,
Tapi Ya Rabb,
Cukup sudah hanya kau yang memandang diri.

Ya Rabbi,
Bajailah lagi bunga ini,
Biar ia mekar kembali,
Menjadi satu keindahan disimu Ya Rabbi.

Bunga ini makhlukmu yang lemah,
Dan ia akui kadang-kala ia biarkan dirinya sendiri,
Dihinggapi serangga yang merosakkan diri.

Lindungilah bunga itu Ya Rabbi,
Biarkan ia kembang mekar menghiasi alam ciptaanmu ini,
Dan seterusnya menghiasi alam diakhirat nanti.

Amin ..

Tuesday, November 29, 2011

Kepada siapa kita berharap

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.


Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.

Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.

Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.

Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.

Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?

Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.

"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."

"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.

Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.

Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.

Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.

Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.

Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.

Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.

Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.


dipetik dari iluvislam

Sunday, August 21, 2011

CUKUPLAH SEKADAR AKU MENCINTAI DALAM DIAM



Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special"

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Saturday, August 20, 2011

Buku skrap saya











Seni....memang cantik. Hari ini buka balik folder gambar lama2 dan saya rasa nak kongsikan hasil seni yang x seberapa dalam pembikinan buku skrap untuk subjek falsafah sem lepas... Ahli kumpulan saya semuanya adalah lelaki tetapi design buku skrap adalah mengikut suka hati saya. Jadi memandangkan saya suka bunga, buku skrap saya bermotifkan bunga

Thursday, August 4, 2011

4 tahun yang sudah berlalu

4 tahun berlalu tanpa menoleh kebelakang ...4 tahun jugalah saya kehilangan insan yang paling saya sayang...tokwan.

teringat lagi waktu kecil, tidak dibiarkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuh saya sewaktu seya sedang lena diulit mimpi. begitulah pengorbanan tokwan sepanjang malam. Setiap tidur saya pasti akan diiringi dengan nyanyian kasih seorang datuk terhadap cucunya.

" tidur,tidur....tidur fatimah sayang. Tidurlah sayang, tidur sayang cucuku seorang"

lagu ini sudah lama tidak saya dengar. Kali terakhir adalah sewaktu sepupu saya nyanyikan pada hari pemergian insan yang saya sayang ini. Mungkin dia pun rindukan nyanyian dari tokwan lagi.

4 tahun juga saya putuskan tiada sambutan hari jadi selepas pemergian tokwan. Tapi tahun ini kali pertama saya menyambutnya atas permintaan adik kesayangan. Hati ini sudah dapat menerima pemergian tokwan selamanya dari hidup saya. Jikalau dahulu, apabila terdengar surah yasin , air mata mengalir deras jatuh kepipi. Kali ini, Siti Fatimah Azzahra sudah menjadi seorang gadis yang kuat menerima realiti yang dihadapi.

Tokwan, 4 tahun telah tokwan tinggalkan kakak.Rasa kekosongan itu masih terasa hingga kini. Tapi cinta kakak terhadap tokwan tak akan kakak biarkan ia pergi bersama roh tokwan. Dua alam kita terpisah, tapi doa dari kakak akan jadi penghubung.Bukti rasa cinta kakak terhadap tokwan yang tidak putus. Semoga disyurga kelak kita akan bersatu...


Broken pieces of
A barely breathing story
Where there once was love
Now there’s only me
And the lonely…

Sunday, June 26, 2011

BUANG MASA TAMBAH DOSA DUIT PON HABIS JUGA



single is better
single makes me happy
x payah fikir pasal si dia
x payah nak nangis macam kawan-kawan yang lain
boleh kawan dengan sesiapapun
x der org nak jeles2
lagipun x puas lagi bergerak secara solo
sebab bila berduet bila kahwin nanti adalah dalam jangka waktu yang amat panjang
dan banyak yang harus saya belajar ...

selalu tengok status FB...
minah is in relationship with busu
senah is in relationship with abu
joyah is in relationship with bakar

tipu ler kalau nak ckp hati x pernah tergerak ke arah itu...
kadang-kadang terfikir juga,
mesti org akan ingat aku x laku ek sbb x couple lagi...
tp x berapa lama kemudian

minah changed from on relationship into single...busu pon sama
senah changed from on relationship into single...abu pon sama
joyah is in relationship with ah chong pulak

adoi, habis tue waktu tgh in relationship
tangan dah pegang, minum air satu gelas dan mcm2 lg
apa yang diorang dapat
BUANG MASA TAMBAH DOSA DUIT PON HABIS JUGA

sbb itu bagi saya, SINGLE IS BETTER untuk waktu sekarang...
seperti entry yang dulu saya pernah post...
banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan...
kan3...
siapa setuju sila angkat tangan macam saya





Nafasku


Saya x seperti insan yang lain,
Setiap kali keseorangan, diri ini seringkali melayan fikiran.
Dan seringkali apabila berfikir, kerisauan mulai menghinggap diri.
Dan setiap kali risau...

Ya Allah, sembuhkanlah saya...
Seringkali saya mengingatkan diri bahawa ini adalah ujianmu.
Namun terkadang saya juga merungut.
Penyakit ini sudah terbeban lama dalam diri

Pernah satu hari pensyarah bertanya, siapa yang tidak suka PJ
Pantas tangan ini mengangkat
Apabila ditanyakan sebabnya, saya menjawab saya tidak suka berlari...

Penyakit yang ada ini membuat saya bencikan berlari
Saya mahu berlari dan aktif seperti yang lain
Tapi saya x mampu
Kadangkala saya memaksa diri untuk menjadi seperti yang lain
Kerana saya tak mahu dianggap sebagai gadis yang lemah
Saya tak mahu menjadi seorang yang kalah
Dan saya tak mahu ada yang menganggap ini adalah lakonan semata-mata

Tp pernah sekali,
Diri ini cuba untuk mengatasi yang lain,
Tatkala sampai ke penghujung
Mata mulai kabur dan....
saya x sedar apa yang berlaku

Kali pertama sertai KOT...x berlari
Jalan saja sampai ke garisan terahir
Sebab x mahu memaksa diri

Kali kedua, skip berlari
Sbb jadi AJK...syukur waktu ini

Lain kali, saya rasa saya x dapat elak lagi...

Pergi check doktor, doktor cakap x der lelah...
Tapi setiap kali risau dan berlari...
Saya mahu nafas saya lagi...

Ya Allah, kuatkan diri ini
Kerna saya hendak menjadi seperti yang lain

Thursday, June 16, 2011

sudah hampir ke penghujungnya

cuti sudah hampir sampai ke kemuncaknya...perkara pertama yang dilakukan adalah menyatukan cik sal dengan teddy bear adik cik bunga iaitu ciko...


Seterusnya, hobi yang menjadi kebiasaan diwaktu cuti diteruskan...novel2.dah lama tak menambah koleksi. tunggu dapat elaun dulu la..



seterusnya, hobi terbaru iaitu main keyboard...cik bunga x la mahir main menda alah nie...nak tekan pon terkial-kial. setakat yang senang2 boleylah gagahkan juga. Lagu Greensleeves, romance dan fur elise dah khatam lama dah. Sekarang tengah try belajar note2 keyboard yang betul dan lagu winter sonata, fox rain dalam cerita gumiho, love story dan moonlight sonata. Haha, nawaitu nak main keyboard baru sampai...sebab tue terkial-kial sebab cik bunga baru start nak main. Amir, adik cik bunga macam biasa lah...dia dengan gitarnya. Bapak pon sama, tapi sejak cik bunga berkobar-kobar nak main keyboard, kadang-kadang diorang join sekaki main.



cik bunga ada la jugak belajar ba sulam-sulam nie. sejak tertengok tudung sulam yang lawa-lawa kat internet, rasa tercabar pulak...kalau diorang boley sulam macam nie, kenapa aku tidak?


ini bunga yang berjaya dihasilkan.

Balik dari mekah, tok ada belikan selendang. So cik bunga try la mempraktikkan apa yang dipelajari. Sulaman yang dibuat adalah sulaman manik. Nampak simple, tp x per la sebab saya masih baru dalam hal sulam2 nie.





nie selendang tanpa di'renovate' lagi.



cuti kali ini juga, banyak masakan yang cik bunga try...Almost everyday jadi tukang masak kat rumah tue...sedap atau x? ...try la dulu.


bengkang yang panas2 lagi...licin dalam masa yang singkat...nak resepi PM..

Kesimpulannya, cuti kali ini banyak benda berfaedah yang cik bunga buat berbanding cuti-cuti sebelum ini. Rasanya apa yang dipelajari pada cuti kali ini memang boleh sangat dipraktikkan pada masa akan datang... tp kadang-kadang cik bunga rse nak give up main keyboard tue sbb sangatlah terkial-kial nak tekan.tp kalau orang lain boleh buat, kenapa cik bunga tidak?

Sunday, June 12, 2011

Munajat Cinta


Raudhoh tersenyum. Dia menjawab, "ketika bayi , saya seperti kanak-kanak yang lain. Sihat dan tidak cacat. Semakin lama, semakin bertambahnya umur saya, ada perubahan dalam tubuh saya. Terutama dikaki kiri saya.Saya makin tidak kuat untuk berjalan walau beberapa langkah. Akhirnya saya memakai kerusi roda. Belum lama ini, kaki kiri saya dipotong . Doktor berkata bahawa kalau hal ini tidak dilakukan, dapat menyebabkan kerosakan dalam jaringan tubuh saya. Begitu keadaan saya."

"padahal, wajahmu begitu cantik..."

" Ukhti , orang-orang sering kali berkata begitu. Kebanyakan mereka memandang saya dengan kasihan. Mereka membayangkan seandainya saya tidak cacat begini, maka betapa sempurna paras saya dipadu dengan keindahan tubuh. Sayang saya gadis yang cacat, kata mereka. Saya takut perkataan mereka itu. Jika saya tidak cacat, saya tidak tahu apakah saya akan dapat mensyukuri nikmat Allah atas diri saya. Dengan keadaan begini, saya justeru merasa bahagia sebab Allah masih memberi saya umur untuk merasakan kehidupan . Untuk mencintai-Nya. Merasakan debaran jantung yang berdegup ketika menyebut asma-Nya. Walau saya cacat, ternyata Allah masih memberikan kurnia wajah seperti ini. Dan walaupun cacat, saya tetap dapat selalu mendengdangkan asma-Nya. Tidak ada yang paling indah untuk didendangkan kecuali mendendangkan asma-Nya ukhti. Dia Maha Adil. Dengan keadilan-Nya, dia memberiku keadaan seperti ini".

" Bagaimana saya harus meninggikan asma-Nya?"

" Subhanallah , ukhti. Saya mempunyai keinginan yang sama dengan ukhti. Saya adalah seperti itu juga.....seorang gadis yang selalu mencuba untuk berjalan mendekati-Nya. Saya tidak tahu , sejauh manakah saya telah berjalan kepada-Nya? Apakah saya telah dimasukkan-Nya kedalam barisan orang-orang yang dicintai-Nya? Aduhai, betapa Maha Agung Allah, betapa Maha Besar Allah. Segala sesuatu tunduk kepada-Nya.Segala sesuatu tumbuh dan berkembang sesuai dengan kehendak-Nya . Dia yang memacang bumi. Dia yang menegakkan langit. Dia menebarkan bintang di angkasa. Menggerakkan matahari dan bulan pada paksinya. Semesta bertasbih memuji-Nya . Setiap makhluk merindui-Nya. Hanya Yang Maha Indah yang dapat membuat pelangi berwarna-warni, Yang menghempaskan ombak menerpa batu karang. Yang mengepakkan merpati dan helang di udara. Yang tidak terbatas kekuasaan-Nya. Yang berdiri tanpa memiliki sekutu, Yang Esa dalam zat, sifat, asma dan perbuatan-Nya. Dialah Allah tuhan kita "

Bagaimana saya dapat merasakan-Nya? Bagaimana saya dapat merasakan cinta dan kasih-Nya?

" Kemana pun kita menghadap, disitulah wajah Allah, ukhti. Hanya Dia yang dapat mencipta wajah yang indah seperti ukhti. Tidak ada yang dapat memandang-Nya sebab kebesaran-Nya.Tetapi tidak ada sesuatu apa pun yang terlepas dari pandangan-Nya, sebab kebesaran-Nya tidak hanya terlihat pada diri orang-orang yang rukuk dan sujud di rumah-rumah, masjid-masjid, di musala-musala. Bahkan, Dia berada di hati orang-orang yang terlena dan terlupa untuk menjunjung kebesaran-Nya . Kita, aduh, sering kali melalaikan cinta kita kepada-Nya. Namun, cinta-Nya tidak pernah lenyap ke setiap dada makhluk-Nya, ukhti. Ibarat debu dan lebih kecil lagi dari itu. Apa yang dapat kita sombongkan? Apa yang hendak kita banggakan? Ya Allah, ampunilah hatiku yang sering kali dibakar syak wasangka kepada-Mu. Lembutkanlah hati kami supaya merasa lazat untuk mengingatkan-Mu"

Raudhoh menangis....


Ya Allah, kuatkanlah diriku untuk menjadi setabah Raudhoh. Tuturku supaya sentiasa memuji asma-Mu.Kepadamu aku memohon...Sesungguhnya engkau Maha Pemurah lagi Maha Mencintai makhlukmu...Petikan diatas merupakan petikan daripada novel Munajat Cinta karya Taufiqurrahman al-Azizy. Disebut cinta, pasti kita terbayang cinta antara lelaki dan perempuan. Namun novel ini menyingkap kecintaan hambanya terhadap Tuhan Pentadbir seluruh alam.Satu novel yang amat bagus untuk kita sama-sama mengambil iktibar atas kisah hidup watak didalam novel ini. Dan akhir sekali, Cik Bunga berasa gembira kerana menemui novel sebagus ini.

Monday, June 6, 2011

riadah bersama Mary

Mary, Si kecik berbaju merah. Mek budu dari kelantan



















Hari nie mak dah janji nak bawa adik cik bunga dan juga Mary yang datangnya jauh nun dari Kelantan...lokasi riadah adalah Taman Jubli a.k.a taman burung yang terletak ditengah-tengah pusat bandar.Dah lama x berjalan-jalan disini sejak arwah tok wan dah x ada. Dulu masa tok wan kuat, kami selalu datang taman nie tengok burung, ular, rusa dan ikan.

Thursday, June 2, 2011

melihatnya aku tersenyum



Assalamualaikum, hari ini kita bercerita pasal bunga la yer. Actually, masa kecik-kecik dulu x der la die-hard-fan bunga nie. Tapi sejak cik bunga realise maksud disebalik nama yang nenek bagi nie, iaitu bunga, cik bunga pon mulai menghargai bunga. Pening ek? pedulikan jer la.



Dalam banyak-banyak bunga yang Allah S.W.T ciptakan, cik bunga sangat admire kat Daisy.Bagi cik bunga, daisy itu simple tapi cantik.Daisy tue melambangkan kesucian hati.Daisy juga boleyh diertikan sebagai kesetiaan .

Tengok bunga ni je,kompem terpegun dengan warna bunga ni..kelopak bunga ni yang halus dan banyak tu boleh menonjolkan perasaan ceria dalam hati korang dan perasaan ini jugak harus kita kongsi sama-sama...

sharing is caring

betul tak??bunga ni jugak tunjukkan ciri-ciri kecantikan dalaman dan kejujuran..kira kalau hati korang cantik dan selalu jujur,hati korang samalah dengan bunga daisy ni..haha...tapi bila cik bunga teringat dekat bunga daisy ni,perut terasa lapar pulak,bukan apa,teringat sekali majerin daisy,kalau dapat makan dengan roti,sedap wooo




Tahun lepas, masa jalan2 dengan roomate di Masjid Jamek, cik bunga nampak banyak bunga daisy yang dijual. Waktu tue sangat teruja melihat daisy yang berwarna- warni mekar didalam baldi berisi air tue. Ini antara dialog cik bunga dan roomate cik bunag iaitu kak mariah semasa kami berhenti depan jurujual bunga.

CB: Kak, saya suka sangat bunga nie .
KM: Kalau kak hadiahkan bunga nie dekat adik, adik mau x ?
CB: Tak payah la kak. Saya tunggu seseorang hadiahkan kepada saya.
KM: Owh, kalau mcm tue bila adik dah berpunya bagitau kak. Kak suruh dia hadiahkan
daisy dekat adik.

Kak Mariah, rindunya... Walaupun jarak umur kami 4 tahun, tapi kami memang kamceng. Sekian sahaja dari cik bunga untuk kali ini. Amir dah balik nak gne laptop pula....tata


Monday, May 30, 2011

Hanya kerana telur


Malam nie cik bunga terasa rajin nak turun dapur. Menu masakan adalah nasi goreng paprik ayam. sapa yang tatau nak buat atau minta resepi , meh cik bunga bgtau.

Bahan-bahan...ikut sesedap rasa.Kalau ramai tambahkan banyak bahan. Yang cik bunga bagi nie , bahan untuk 12 orang makan.

Untuk paprik ayam

3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
10 batang cili padi ( kalau kurang pedas boleh kurangkan)
Ayam ( ikutlah, kalau nak banyak letak banyak )
cili giling ( Yang nie pon kalau nak pedas ltk banyak)
Daun limau
1/4 bunga kobis
1 batang carrot
garam dan gula
sos tiram
sos cili
tepung jagung

1.Perapkan ayam dengan sos tiram.
2. Tumiskan bawang besar bersama bawang purih dan cili padi yang dibelah dua.Selepas itu masukkan cili giling.
3. Agak-agak naik bau, massukkan ayam yang diperap.Masukkan air dan biarkan ayam masak.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Selepas itu, masukkan carrot dan agak2 3 minit lepas tue masukkan pula bunga kobis
5. Bancuhkan tepung jagung dan masukkan dalam masakan untuk memekatkan kuah.
6.Akhir sekali, ramaskan daun limau dan masukkan dalam masakan.


Untuk nasi pula.

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
cili giling
garam
gula
sos cili
nasi


1. tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga naik baunya.
2. masukkan sos cili.
3.masukkan garam dan gula
4.akhir sekali masukkan nasi.


Inilah yang cik bunga buat 20 minit sebelum hidangan ini terhidang. Tiba-tiba sepupu cik bunga yang amek catering di politeknik datang

Syahir: Kak, paprik kena letak telur
Cik Bunga: Mana ada kena letak telur
Syahir: Orang tau la sebab orang pernah buat

HAHA, men ikut ja cakap Syahir. Lepas tue cik bunga pon tambahkan 3 biji telur dalam kuah paprik tadi.Mula-mula dah okeh kuahnya, tetiba jadi macam lain.Bapak pon datang

Bapak: Mana ada orang letak telur dalam kuah paprik
Cik Bunga: Tue Syahir suruh letak tadi. Dia cakap kena letak.
Syahir: Orang cakap letak kat nasi, bukan kat kuah.
Bapak: Apa daa dengar cakap Syahir tue

Hadoih, dah x jadi nasi goreng paprik ayam, jadi lah nasi goreng paprik telur ayam. Walaupon x jadi, tapi ada la rasa macam yang kedai buat tue sikit-sikit...It's alright, people learn from mistakes. Lepas nie x letak dah...


Facebook Badge