Monday, June 21, 2010

pengalaman membuatkan kita berhati-hati


Peristiwa bermula tatkala cik bunga membantu neneknya mengambil buah kelapa di depan rumahnya.
Nsib baik rendah jer pokonya,panjat guna tangga jer la.
Tatkala cik bunga sedang meletakkan tangga di batang pokok kelapa, tiba- tiba ada seorang lelaki indonesia datang senyum-senyum. Cik bunga dah cuak lalu peristiwa dahulu menjelma dalam fikiran



FLASHBACK

Semasa sedang lepak2 dgn mak di kaki lima depan kedai tekstil yg bernama Nagoya, datang seorang lelaki senyum2 dkt cik bunga.
Dengan selambanya main tenung2 cik bunga.
Dalam hati cik bunga berkata

"amboi mamat nie,depan mak aku boley men tenung2 aku. Nak kena nie"

Tiba2 dia menghampiri lalu menegur mak cik bunga.
Bila dia buka saja mulutnya,c ik bunga dah dpt agak org nie x betul sbb gigi dia kuning.
Maka macam2 la dia tanya pasal cik bunga sambil tenung2.
Mak pon satu hal pergi melayan mamat x betol nie.
Cik bnga yang sedang rimas dengan mamat nie dah mula rasa cuak bila dia semakin hampir.
Apa lagi, kaki cik bunga mula rasa ringan utk pergi jauh dri mamat nie.
Tiba2 dia ikut cik bunga. Makin laju kaki cik bunga melangkah, makin laju dia menapak.
Bila cik bunga lari, dia pun ikut kejar.
Saat nie hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya cik bunga.

Cik bunga pun berlari masuk ke Nagoya sbb dkt sana ada ramai orang.
Tapi mamat nie buat x hairan.Dia masuk juga kedai tue.
Bila rasa orang ramai dekat kedai tue x bagi bantuan,cik bunga pon menapak keluar.
Tatau dah nak lari kemana.Masa tue mak masih lagi dalam kedai Nagoya.
Orang ramai pun boley jer tengok.Sakit hati cik bunga waktu tue.
Keluar saja dari Nagoya, mamat tue masih lagi mengejar.Cik bunga sangat2 cuak.
Nasib baik ada pakcik yang menyaksikan kejadian itu dari awal menyuruh cik bunga berlindung dgn dia dan dia pon halau mamat tadi. Terima kasih pakcik, jasamu dikenang. Lepas tue rasa bersyukur sangat2 sbb Allah selamatkan cik bunga melalui pakcik tersebut. Kalau x tak tahulah apa yang akan terjadi.

BERBALIK KEPADA CERITA TADI

selepas flashback kejadian dulu, cik bunga memanggil nenek cik bunga.
Muka dah cuak dah waku tue dan dalam fikiran cik bunga waktu itu adalah untuk terjun dari tangga itu , berlari dan menjerit minta tolong. Tapi rupa-rupa, setelah mendengar perbualan nenek cik bunga dgn org indonesia itu,cik bunga membatalkan hasrat cik bunga.
Ini dialognya.

Lelaki Indonesia: Bu,bisa saya bantu ambil buah kelapa?
Nenek: Tak payah la.Cucu saya boleh buat
Lelaki Indonesia: Betul?
Nenek: Betul.

Huh, rupa-rupanya cik bunga berburuk sangka dekat lelaki indonesia tersebut.
Yer la,pengalaman membuatkan cik bunga lebih berhati-hati

adakah bahagia bila berpisah?




Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan


hurm,berulang ulang kali dgr lagu nie...hurm bkn sbb lagu nie sgt best tp lgu nie amat sesuai dgn situasi skrang nie... lgpon ada 'bunga' dlm lagu nie...

Thursday, May 13, 2010

adakah saatnya aku berubah?

Ya Allah, berikan aku hidayahmu
Supaya aku sentiasa beristiqamah terhadapmu...
Ampunkan masa silamku
Akan kuperbaiki masa depanku
Aku hambamu yang lemah
Aku hambamu yang hina
Sering aku terleka dari suruhanmu , Ya Allah
Sering ku terbuai ajakan syaitan itu
Aku tidak berdaya, Ya Allah
Kau kuatkanlah hatiku

Ya Allah,
Aku malu
Andai ditakdir masaku tiba
Adakah aku akan pergi dalam keadaan hina
Hina atas dosa-dosa dahulu
Adakah aku akan pergi dalam keadaan derhaka
Derjaka dengan perintahmu
Ya Allah, kau jauhkanlah
Kau jauhkanlah aku dari sifat keji itu

Ya Allah,
Kau maha pemurah lagi maha penyayang
Kau berikanlah aku hidayahmu
Kau dekatkanlah diriku denganmu
Kau bukankanlah pintu keikhlasanku
Supaya hatiku sentiasa bersamamu.
Wujudkanlah cinta kepadamu Ya Rabb
Cinta yang utama bagiku
Bukannya cinta kepada makhlukmu

Hanya padamu aku berserah Ya Allah
Hanya padamu aku meminta
Kau maha berkuasa
Kau maha penyayang
Hanya engkau yang utama

Sunday, May 2, 2010


Manusia memang susah untuk difahami...
Masing2 dgn perangai mereka tersendiri...
Hurm ,pening2 tapi itulah namanya kehidupan
Kalau perangai sama jer kan pelik namanya..

Actually tgh sedih nie...
Cik Bunga sangat risaukan sahabat Cik Bunga
Tapi pernahkah mereka sedar yang Cik Bunga risaukan mereka?
Pernahkah mereka terfikir bahawa apa yang cik bunga buat untuk kebaikan mereka?

Makan sayur,minum susu....semua itu untuk kesihatan mereka
Tapi mereka seolah - olah menganggap apa yang Cik Bunga cakap sekadar leteran
Wahai teman, Cik Bunga sayangkan anda
Sebab itu Cik Bunga selalu mengungkit pasal perkara ini
Ini adalah untuk masa depan anda juga

Teringat dahulu waktu kecik2
Kalau Cik Bunga dan adik x habiskan makan sayur
Bapa ugut tak boley men atau x payah pergi sekolah
Cik Bunga tau bapa main- main saja tapi sebab nak pergi sekolah,
Cik Bunga habiskan makan sayur.
Selagi sayur di pinggan x habis, Cik Bunga dan adik x boley berganjak dari meja.
Tengok, memang pada mulanya susah nak makan sayur
Sbb pahit,tapi lama2 ok la
Ini semua untuk kesihatan dan sebab itu Cik Bunga selalu tegur kawan supaya makan sayur
Nnti bila dah tua x der la penyakit meleret2

Jika kita tidak mula menjaga kesihatan sejak dari muda
Bila lagi?
Adakah tunggu sampai penyakit bertimbun-timbun barulah nak cari sayur.
Bila gigi dan tulang reput,barulah nak cari susu...
Tolak ketepi ego anda
Cubalah mengubahnya secara perlahan -lahan kerana ini untuk kebaikan anda juga,wahai teman

Cik Bunga bukan berniat nak panaskan telinga anda
Tapi Cik Bunga sayangkan anda

Saturday, April 24, 2010

Sayangku, bahagialah dikau disana




Awan Awan Menghitam
Langit runtuhkan dunia
Saat aku tahu ternyata akhir tiba usianya

Aku selalu menangis
Padahal dalam mimpiku, dia selalu tersenyum
Ku usap air mataku
Kerna dia ingin tiada kesedihan

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Tuhanku, sinarilah dunianya
Yang selamanya disana


~Keistimewaan Wanita~



Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

hati luluh tatkala melihat mereka



Sudah lama beban di hati ini ingin cik bunga ungkap...
mungkin mereka akan mengatakan bahawa ini bukan urusan cik bunga...
namun,sebagai sahabat, cik bunga tak sanggup...
tak sanggup melihat rakan2 cik bunga begini....

cik bunga ingat lagi tatkala di sekolah convent...
kami, satu kumpulan pergi solat bersama-sama di surau...
kengkadang smpai kena marah ngan cikgu sbb pergi solat waktu cikgu tersebut...
mereka, wanita bertudung labuh...cik bunga lak tudung cukup2 makan saja...
tapi sekarang...mereka tidak bertudung dan cik bunga masih seperti dulu...

sejak kaki melangkah dari sekolah convent
banyak perubahan yang berlaku
dan semua ini cik bunga langsung tidak jangka...

Ya Allah, hati ini menangis ketika menatap potret sahabtku di facebook...
mana tudung mereka?
bukankah kami dulu sama2 saling mengingati...
kenapa jadi begini?
Ya Allah, kuharap mereka berubah...
Amin

Sunday, April 18, 2010

Emak,baru kakak sedar


Cik bunga bahagia Ya Allah,kerana mempunyai mak.

Teringat dulu,cik bunga anak yang degil.

Selalu gaduh ngan mak,selalu bentak2 dan etc..

x payah la diungkapkan lagi kerana mengingatinya amat menyakitkan hati mak.

Bila berjauhan dari keluarga,barulah perasaan sayang itu muncul.

Bila berjauhan dengan mak,baru cik bunga sedar apa yg dilakukan dulu pada mak tak sepatutnya berlaku.

Mak,maafkan anakmu.Saat itu kakak belum matang,x mampu berfikir secara rasional.

Sekarang baru kakak sedar,banyaknya dosa dengan mak.

Kalaulah boleh diputar balik ke masa dahulu,akan kakak ubah segalanya.

Maafkan kakak mak.Kakak sayang mak


Awan,bawalah kasih sayangku,

simbahkanlah ke hati ibuku.

Sunggu aku menyayangimu,

Ibuku,kaulah segalanya bagiku.


Angin,kau hembuskanlah lafaz syahdu,

Kerinduanku terhadap ibu,

Tak mampu ku ungkap selalu,

Kerna ku berjauhan denganmu.


Matahari,kau sinarilah ibuku,

Dengan cahaya kasih sayangku,

Berkilauanlah cintaku,

Oh ibu,aku sayang padamu.


Tuhan,

kau sejahterakanlah ibuku,

Kau sayangilah ibuku,

Kau rahmatilah ibuku,

Ku pohon tuhan,

Ku amat menyayangi ibuku.

Friday, April 16, 2010

Terima kasih Ya Allah

Ya Allah,

Walaupun ku tak punya harta melimpah ruah,

Walau keluargu ku x punya harta mewah,

Aku bersyukur padamu,

Aku punya keluarga yang bahagia,

Sahabat yang mulia,

kesihatan yang baik,

Dan yang penting agama yang sebenar..


Terima kasih Ya Allah,

Sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha mengasihani.



Monday, March 29, 2010

Hujan dan bunga


Selamat datang hujan...selamat tinggal mentari.

Sinaranmu terlampau panas untukku.

Hujan,kau penyejuk dikalbu

Dinginkanlah hidup bungaku.

Hujan....

Sunday, March 14, 2010

sukanya bila dia ceria


yeah,holiday....itulah yang ditunggu-tunggu
Saatnya untuk practice memeluk adik busuk
Cium sayang mak,bapa,nenek dan adik2 yang lain...
dan yg paling gembiranya,untuk mengucapkan tahniah untuk adik cik bunga ,Muhammad Amiruddin yang telah mendapat straight A's dlm peperiksaan SPM..
I'm proud of you my lil bro...
btw,sebelum balik,cik bunga ada la juga menjenguk-jenguk pasaraya SOGO untuk memborong coklat kegemaran seisi keluarga.
Tidak dilupa,handbag,telekung,baju dan tudung yang dipesan oleh mak..
hurm,otw balik sp mmg lama dri kebiasaannya.
Bayangkanlah,traffic jam sebelum keluar dri KL hampir dua jam.Waktu itulah digunakan untuk...KROHHHHHH...

Tatkala sampai SP,cik bunga disambut oleh dua org hero malaya,my dad and my bro.
Lapar punya pasal,kami bertiga meredah kegelapan malam untuk bersantap tatkala ditengah malam kat restoren mamak.
Blurpp,kenyang.Pastu bru balik rumah.
Sampai jer rumah,adik kesayangan dah tido.

Lps tu maka mula ler mesyuarat tgh malam antara ahli keluarga.
Sembang punya sembang,sedar2 dah pukul 3 pagi.
After that,sesi memberi  barang yg dibeli...
waktu inilah rasa bahagia apabila orang yang cik bunga sayang gembira.

Yup,bila kita dpt menggembirakan orang yang kita sayang,kebahagiannya adalah luar biasa.
diulang,KEBAHAGIAANNYA ADALAH LUAR BIASA.
jadi,sentiasalah buat org yg tersayang gembira.

Bahagia sekarang,dengan family tercinta


Monday, March 1, 2010

masih berpegang pd prinsip


Pagi yang indah dimulakan dengan senyuman yang lebar.Ya,senyum itulah pengubat duka sepanjang cik bunga menuntut ilmu disini.

Pagi yang indah ini,cik bunga memulakan rutin sebagai seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik seperti biasa.Kelas MR.Burn,lecturer bahasa inggeris pon bermula seperti biasa.

Hari ini,cik bunga dikejutkan dengan pertanyaan dari MR Burn ketika cik bunga sedang membuat kerja disebelahnya

"Kamu dah ada boyfriend"tanya MR Burn kpd cik bunga

"haha,x der"jawab cik bunga

"betoi ka?tipu ler"MR Burn bertanya lagi

"betoi la,saya x der boyfriend.Kalau ayah saya tahu nnti dia marah"jawab cik bunga lagi.


Betoi,cik bunga x tipu.Nama boyfriend x pernah wujud dalam kamus kehidupan cik bunga.

Kenapa?sbb x der org minatkah?haha...jgn x caya,dulu pernah ada sorang lelaki luahkan perasaan dia dekat cik bunga tp cik bunga tolak sbb cik bunga ingat pesan ayah,ayah x suka bopren2 nie.Maka,tertolaklah cinta lelaki itu free2 ja

Cik bunga bukan kejam,tp mmg boyfriend itu x perlu dlm kehidupan cik bunga.Cukuplah ada bapa,mak,tok,arwah tok wan,pakcik,makcik,adik-beradik,sepupu,kawan dan kucing.Hidup cik bunga sudah bahagia.Jd x perlu ada boyfriend dlm hidup ini.

Diulang,hidup cik bunga sudah bahagia...tidak perlu boyfriend2 dlm hidup ini.Alhamdulillah,cik bunga masih utuh dengan prinsip cik bunga,tak pernah dan x akan kaple...


Friday, February 26, 2010

nyet2 bawa kapal terbang..hehe


nyet2 bakal bawa menda nie

pada suatu hari...cik bunga bukak fb kawan sekolah rendahnya..
.bak kata lecturer cik bunga,Puan Tengku Noor Zima,kita kena EXPLORE...
explore punya explore,cursor cik bunga terhenti pada satu nama lantas kenangan silam terus menjelma...nyet2,setelah lama mencari,akhirnya cik bunga bertemu juga dgn nyet2...
nak ckp gembira,boley tahan la gembira sbb cik bunga dah lama mencari nyet2...
yer la,nyet2 pertama yang muncul dlm hidup...mesti la teringat smpai ke tua...
haha,sihat rupanya dia...wah dah berjaya dah nyet2 yer...nyet2 nie skang nie dah jd MAS Cadet Pilot...huhu,nyet2 pandai sbb tue dia daa boley ketahap tue...
apa2 pon cik bunga harap x kan terputus dah hubungan antara kami...
semoga persahabatan kekal abadi...

Wednesday, February 17, 2010

jangan lupakan......


kebejatan musik2 masa kini menyebabkan banyak lagu2 lama terpinggir...cuti nie,berbekalkan semangat dari ayah aku,aku berjaya mendownload banyak lagu2 lama yang sememamngnya bombastic...rugilah wahai remaja jika anda tidak pernah mendengar keindahan lagu2 ini...ya,aku memang minat lagu2 lama..terutamanya lagu klasik inggeris...haha,lagu baru x dilupa tp lagu2 baru sekarang nie x boley lagi menandingi kehebatan lagu2 yg akan aku listkan sekejap lagi...hurm,jika mendengar lagu zaman sekarang nie,sedih..sedih sgt...dah x der idea ka komposer2,musician2 nie...hurm...dah laa,malas nak berleter panjang...kalau rajin,layanlah lagu2 yg dilistkan dibawah nie.

1.Alanis_morissette-uninvited


2.Andy Williams - Cant Take My Eyes Off of You


3.ABBA - Mamma Mia


4.ABBA - I have a dream


5.the sound of music


6.Moon River. Andy Williams


7.Andy Williams-A Time For Us


 

8.Andy Williams - Love Story Theme (Where Do I Begin)

 

9.Jamal Abdillah&Francesca Peter - Kehebatan Cinta


11.Ogy Ahmad Daud - Kisah cinta


 

ada banyak lagi sebenarnya...tp layan ler yg nie dulu...hurm,antara semua lagu nie bg aku lagu a time for us by andy william lah yg paling best.

Friday, January 29, 2010

airmata dan wanita

Kawan saya berkata, “Perempuan memang lemah, mudah menangis,”
Bias bukan, itu satu stigma. Tapi saya ada satu jawapan comel untuk itu.

“At least kalau kami perempuan sakit hati, sedih semua kami hanya menangis. Bukannya bertumbuk macam…”

Senyum lebar semua perempuan kan? ^____^

Tapi seeloknya kita jangan semudahnya mengatakan orang lemah, sebaiknya kita membantu mencari balik kekuatan yang hilang. Fikirkan consequences yang sama, bila mana orang mengatakan sebegitu rupa pada orang- orang yang kita sayangi, ibu, kakak dan adik perempuan kita. Bagaimana?

Sama- sama kita kongsikan kisah ini, di sebalik air mata wanita…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Jadi, lemahkah mereka?

Pada saya, secara umumnya air mata itu bukanlah suatu tanda kelemahan,kadangkala itu adalah kekuatan. Cuma ego yang membataskan segalanya. Jujurnya lelaki, memang sepatutnya appear lebih kuat dari perempuan, tapi jangan sampai hati menjadi keras…

Jika tidak apa gunanya air mata diciptakan sedemikian rupa?

Wallahualam.

dipetik dari sebuah blog

Monday, January 25, 2010


elaun sudah masuk...ini menandakan tibalah waktu utk membeli barang...setiap kali aku dapat elaun,aku akan beli satu novel karya Ramlee Awang Murshid untuk dibaca...aku nie bolehlah dikatakan die-hard-fan Ramlee Awang Murshid sbb genre novelnya lain dari yang lain...x der cintan-cintun sgt dan best...ok,maka berpakatlah aku dgn kakak roomate utk pergi ke kedai buku di Jalan TAR utk mencari buku...

smpai disana,maka tercari2 lah aku novel terbarunya yang berjudul 9 nyawa..tp x jumpa...pas2 try la tgk2 buku motivasi karya Hasrizal Abdul Jamil yg berjudul Bercinta Sampai Ke Syurga dan Aku Terima Nikahnya...pas2 belek punya belek content buku tue,hurm rasa segan lak nak baca sbb buku tue mcm khusus utk pasangan yang dah kawen ja...so aku pon mencari ler koleksi bacaan lain...

cari punya cari,aku ternampak sebuah buku nie...covernya sangat cantik secantik judul buku itu..'Riwayat Bidadari Syurga'..ya ,aku mesti miliki buku nie..ya...mmg sgt best buku ini...didalam buku ini tersemat kisah2 perjuangan wanita yang rela mempertahankan agama berbanding nyawa sendiri...antaranya ialah Sumayyah,Mashitah dan lain2...dlm banyak2 cerita tue,ada gak terselit kisah Siti Fatimah Azzahra r.a...anak kpd junjungan besar kita Muhammad S.A.W...ya,sedikit bangga tersemat dihati kerana aku memiliki nama seperti anak junjungan besar kita...terima kasih bapa kerana memberi nama yang cukup mulia kepada kakak...hehe

yup,dri buang masa melayan novel2 cinta...sekarang aku nak memperbanyakkan membaca buku bergenre agama...

Friday, January 15, 2010

cinta



aku ada cerita....cerita nie diceritakan oleh ZA(bkn nama sebenar)

ada sekuntum bunga nie un,Daisy namanya...

Daisy nie x ler lawa mcm Daisy2 yg lain...

Dia selalu tgk,kawan2 dier dah didampingi lebah...

So dia pon rse sunyi sbb x der lebah pon yg mahu bercerita dgnnya

Dia selalu berharap agar satu hari ada sekor lebah yg dtg padanya

Tp nak wat mcm mana,bunga x lawa

Sapa yg nak

Yang datang pon hanya bertegur sapa jer

Tp Daisy nie tahu,

Satu hari akan dtg lebah yg btul2 sejati

Yang x memandang pada paras rupanya

Tp pada kemanisan madunya

Dan itulah lebah yang ditunggu-tunggunya

sbnrnya cerita nie adalah mengenai perhubungan antara lelaki dan perempuan

ustazah aku pernah ckp,lelaki pd umur skang nie hanya memndang paras rupa

tp satu hari ty,apabila memilih seseorang utk djadikan pasangannya

dia akan melihat kecantikan hati

dan bukannya paras rupa

dan itulah lelaki sejati

Yang berani meminta sang gadis dari walinya

Yang inginkan perhubungan yang halal baginya

Dan itulah cinta sejati

Bukannya kapel2 nie

Ya ustazah,saya akan dgr ckp

Sbb saya anak murid yg baik

Cinta merupakan satu perasaan yang tinggi darjatnya

dimana tiada godaan dari syaitan yang mencemari

Cintakan Illahi,pesuruhnya,ibu bapa

itulah cinta sejati 

dan akan membawa kepada syurgawi

itulah cinta yang harus dicari

Monday, January 11, 2010

Kenapa mesti mak ayah dipersalahkan?

"Anak perangai macam setan,mesti mak bapak dia x ajar"

"Sapa mak ayah?kerja apa?mak ayah ajar awak mcm nie ka?

mak bapak tue,mak bapak nie.....

haih,sampai bila masyarakat nak salahkan maka ayah kalau perangai anaknya teruk?kenapa kalau buat salah,mak ayah kena kait?kenapa?....aku paling pantang kalau org nak tegur ,nama mak ayah naik...bg aku org itu berpengetahuan nipis...kan banyak faktor lain lagi yg boleh dikaitkan...remaja kan pandai berpura-pura....dpn mak ayah baik,tapi belakang?hanya diri sendiri yg tau...jadi x boley salahkan mak ayah sepenuhnya...JGN SALAHKAN MAK AYAH LAGI....kecuali mmg betul mak ayah individu tersebut x memantau anaknya

Ps:aku sgt sayangkan mak dan bapa aku...dan akan mencuba sehabis baik utk menjaga nama mereka...dan kalaulah diberi pilihan utk tukar mak ayah,aku x nak kerana mak dan bapalah yg terbaik aku pernah dapat....mak bapa,akak sayang anda berdua

Saturday, January 9, 2010

daisy,daisy dan daisy

post kali nie adalah mengenai koleksi daisy yg aku kumpul...hehe..minah bunga tul...btw,daisy mmg kegemaran aku...meh usha2 apa yg aku ada


pasu daisy


mummy daisy

anak2 daisy

skang nak cari daddy daisy...tgk ler kalau rajin...urm.nak beli pon mahal...bygkan mummy daisy jer nak dkt RM8...tp nak wat mcm mana...dah minat

hehe...daisy is da best

Friday, January 8, 2010

1st week yg sgt menyeksakan

Hurm,setelah cuti lebey dri sebulan,maka bermulalah kehidupan aku sbgai cikgu pelatih...urm,thn nie aku jd bendahari dan setiausaha utk kelas...pada mulanya diorang cdgkan aku utk jd penolong tp mmndgkan bnyk subjek yg aku agak lemah,maka aku rse x layak pegang jawatan tue...
hurm,jd setiausaha dan bendahari pon sgt penat...kerja aku adalah menjadi ah long setiap minggu dan minah fotostat kertas...nampak jer sng,tp kalau nak berjalan ke kedai fotostat tue mmglah tersangat jauh dan ditambah lg dgn kecederaan yg aku dpt akibat memakai kasut,mmg sgt menyeksakan...tp lps nie aku pakai sandal jer pergi kelas...lantak ler apa yg lecturer nak ckp...yg penting,kaki aku x cedera lg...tp urm,dlm merungut2 nie aku ikhlas gak terima jawatan nie,inilah masanya aku berbakti utk kelas yg tercinta
btw,aku dah dpt result utk xm lepas...Alhamdulillah,aku dpt 3.28....wlaupon blom mencapai 3.5 and above,tp inilah kali pertama aku dpt 3 pointer and above...dlu kat mrsm merbok x dpt pon...hepi sgt sbb mak ngan bapa dan tok hepi...yeye...lps nie,x mo main mcm taun lps dah...mesti score 3.5 and above..teringat lg mse xm dulu,mmg aku main2 gila...sehari sblom xm ley lak layan facebook lg,chatting...hak2...lps nie x mo wat dah....go go zahra...chaiyok2...jadilah bunga yg berkembang dgn cantiknya

Facebook Badge