Sunday, April 18, 2010

Emak,baru kakak sedar


Cik bunga bahagia Ya Allah,kerana mempunyai mak.

Teringat dulu,cik bunga anak yang degil.

Selalu gaduh ngan mak,selalu bentak2 dan etc..

x payah la diungkapkan lagi kerana mengingatinya amat menyakitkan hati mak.

Bila berjauhan dari keluarga,barulah perasaan sayang itu muncul.

Bila berjauhan dengan mak,baru cik bunga sedar apa yg dilakukan dulu pada mak tak sepatutnya berlaku.

Mak,maafkan anakmu.Saat itu kakak belum matang,x mampu berfikir secara rasional.

Sekarang baru kakak sedar,banyaknya dosa dengan mak.

Kalaulah boleh diputar balik ke masa dahulu,akan kakak ubah segalanya.

Maafkan kakak mak.Kakak sayang mak


Awan,bawalah kasih sayangku,

simbahkanlah ke hati ibuku.

Sunggu aku menyayangimu,

Ibuku,kaulah segalanya bagiku.


Angin,kau hembuskanlah lafaz syahdu,

Kerinduanku terhadap ibu,

Tak mampu ku ungkap selalu,

Kerna ku berjauhan denganmu.


Matahari,kau sinarilah ibuku,

Dengan cahaya kasih sayangku,

Berkilauanlah cintaku,

Oh ibu,aku sayang padamu.


Tuhan,

kau sejahterakanlah ibuku,

Kau sayangilah ibuku,

Kau rahmatilah ibuku,

Ku pohon tuhan,

Ku amat menyayangi ibuku.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge