Thursday, June 16, 2011

sudah hampir ke penghujungnya

cuti sudah hampir sampai ke kemuncaknya...perkara pertama yang dilakukan adalah menyatukan cik sal dengan teddy bear adik cik bunga iaitu ciko...


Seterusnya, hobi yang menjadi kebiasaan diwaktu cuti diteruskan...novel2.dah lama tak menambah koleksi. tunggu dapat elaun dulu la..



seterusnya, hobi terbaru iaitu main keyboard...cik bunga x la mahir main menda alah nie...nak tekan pon terkial-kial. setakat yang senang2 boleylah gagahkan juga. Lagu Greensleeves, romance dan fur elise dah khatam lama dah. Sekarang tengah try belajar note2 keyboard yang betul dan lagu winter sonata, fox rain dalam cerita gumiho, love story dan moonlight sonata. Haha, nawaitu nak main keyboard baru sampai...sebab tue terkial-kial sebab cik bunga baru start nak main. Amir, adik cik bunga macam biasa lah...dia dengan gitarnya. Bapak pon sama, tapi sejak cik bunga berkobar-kobar nak main keyboard, kadang-kadang diorang join sekaki main.



cik bunga ada la jugak belajar ba sulam-sulam nie. sejak tertengok tudung sulam yang lawa-lawa kat internet, rasa tercabar pulak...kalau diorang boley sulam macam nie, kenapa aku tidak?


ini bunga yang berjaya dihasilkan.

Balik dari mekah, tok ada belikan selendang. So cik bunga try la mempraktikkan apa yang dipelajari. Sulaman yang dibuat adalah sulaman manik. Nampak simple, tp x per la sebab saya masih baru dalam hal sulam2 nie.





nie selendang tanpa di'renovate' lagi.



cuti kali ini juga, banyak masakan yang cik bunga try...Almost everyday jadi tukang masak kat rumah tue...sedap atau x? ...try la dulu.


bengkang yang panas2 lagi...licin dalam masa yang singkat...nak resepi PM..

Kesimpulannya, cuti kali ini banyak benda berfaedah yang cik bunga buat berbanding cuti-cuti sebelum ini. Rasanya apa yang dipelajari pada cuti kali ini memang boleh sangat dipraktikkan pada masa akan datang... tp kadang-kadang cik bunga rse nak give up main keyboard tue sbb sangatlah terkial-kial nak tekan.tp kalau orang lain boleh buat, kenapa cik bunga tidak?

Sunday, June 12, 2011

Munajat Cinta


Raudhoh tersenyum. Dia menjawab, "ketika bayi , saya seperti kanak-kanak yang lain. Sihat dan tidak cacat. Semakin lama, semakin bertambahnya umur saya, ada perubahan dalam tubuh saya. Terutama dikaki kiri saya.Saya makin tidak kuat untuk berjalan walau beberapa langkah. Akhirnya saya memakai kerusi roda. Belum lama ini, kaki kiri saya dipotong . Doktor berkata bahawa kalau hal ini tidak dilakukan, dapat menyebabkan kerosakan dalam jaringan tubuh saya. Begitu keadaan saya."

"padahal, wajahmu begitu cantik..."

" Ukhti , orang-orang sering kali berkata begitu. Kebanyakan mereka memandang saya dengan kasihan. Mereka membayangkan seandainya saya tidak cacat begini, maka betapa sempurna paras saya dipadu dengan keindahan tubuh. Sayang saya gadis yang cacat, kata mereka. Saya takut perkataan mereka itu. Jika saya tidak cacat, saya tidak tahu apakah saya akan dapat mensyukuri nikmat Allah atas diri saya. Dengan keadaan begini, saya justeru merasa bahagia sebab Allah masih memberi saya umur untuk merasakan kehidupan . Untuk mencintai-Nya. Merasakan debaran jantung yang berdegup ketika menyebut asma-Nya. Walau saya cacat, ternyata Allah masih memberikan kurnia wajah seperti ini. Dan walaupun cacat, saya tetap dapat selalu mendengdangkan asma-Nya. Tidak ada yang paling indah untuk didendangkan kecuali mendendangkan asma-Nya ukhti. Dia Maha Adil. Dengan keadilan-Nya, dia memberiku keadaan seperti ini".

" Bagaimana saya harus meninggikan asma-Nya?"

" Subhanallah , ukhti. Saya mempunyai keinginan yang sama dengan ukhti. Saya adalah seperti itu juga.....seorang gadis yang selalu mencuba untuk berjalan mendekati-Nya. Saya tidak tahu , sejauh manakah saya telah berjalan kepada-Nya? Apakah saya telah dimasukkan-Nya kedalam barisan orang-orang yang dicintai-Nya? Aduhai, betapa Maha Agung Allah, betapa Maha Besar Allah. Segala sesuatu tunduk kepada-Nya.Segala sesuatu tumbuh dan berkembang sesuai dengan kehendak-Nya . Dia yang memacang bumi. Dia yang menegakkan langit. Dia menebarkan bintang di angkasa. Menggerakkan matahari dan bulan pada paksinya. Semesta bertasbih memuji-Nya . Setiap makhluk merindui-Nya. Hanya Yang Maha Indah yang dapat membuat pelangi berwarna-warni, Yang menghempaskan ombak menerpa batu karang. Yang mengepakkan merpati dan helang di udara. Yang tidak terbatas kekuasaan-Nya. Yang berdiri tanpa memiliki sekutu, Yang Esa dalam zat, sifat, asma dan perbuatan-Nya. Dialah Allah tuhan kita "

Bagaimana saya dapat merasakan-Nya? Bagaimana saya dapat merasakan cinta dan kasih-Nya?

" Kemana pun kita menghadap, disitulah wajah Allah, ukhti. Hanya Dia yang dapat mencipta wajah yang indah seperti ukhti. Tidak ada yang dapat memandang-Nya sebab kebesaran-Nya.Tetapi tidak ada sesuatu apa pun yang terlepas dari pandangan-Nya, sebab kebesaran-Nya tidak hanya terlihat pada diri orang-orang yang rukuk dan sujud di rumah-rumah, masjid-masjid, di musala-musala. Bahkan, Dia berada di hati orang-orang yang terlena dan terlupa untuk menjunjung kebesaran-Nya . Kita, aduh, sering kali melalaikan cinta kita kepada-Nya. Namun, cinta-Nya tidak pernah lenyap ke setiap dada makhluk-Nya, ukhti. Ibarat debu dan lebih kecil lagi dari itu. Apa yang dapat kita sombongkan? Apa yang hendak kita banggakan? Ya Allah, ampunilah hatiku yang sering kali dibakar syak wasangka kepada-Mu. Lembutkanlah hati kami supaya merasa lazat untuk mengingatkan-Mu"

Raudhoh menangis....


Ya Allah, kuatkanlah diriku untuk menjadi setabah Raudhoh. Tuturku supaya sentiasa memuji asma-Mu.Kepadamu aku memohon...Sesungguhnya engkau Maha Pemurah lagi Maha Mencintai makhlukmu...Petikan diatas merupakan petikan daripada novel Munajat Cinta karya Taufiqurrahman al-Azizy. Disebut cinta, pasti kita terbayang cinta antara lelaki dan perempuan. Namun novel ini menyingkap kecintaan hambanya terhadap Tuhan Pentadbir seluruh alam.Satu novel yang amat bagus untuk kita sama-sama mengambil iktibar atas kisah hidup watak didalam novel ini. Dan akhir sekali, Cik Bunga berasa gembira kerana menemui novel sebagus ini.

Monday, June 6, 2011

riadah bersama Mary

Mary, Si kecik berbaju merah. Mek budu dari kelantan



















Hari nie mak dah janji nak bawa adik cik bunga dan juga Mary yang datangnya jauh nun dari Kelantan...lokasi riadah adalah Taman Jubli a.k.a taman burung yang terletak ditengah-tengah pusat bandar.Dah lama x berjalan-jalan disini sejak arwah tok wan dah x ada. Dulu masa tok wan kuat, kami selalu datang taman nie tengok burung, ular, rusa dan ikan.

Thursday, June 2, 2011

melihatnya aku tersenyum



Assalamualaikum, hari ini kita bercerita pasal bunga la yer. Actually, masa kecik-kecik dulu x der la die-hard-fan bunga nie. Tapi sejak cik bunga realise maksud disebalik nama yang nenek bagi nie, iaitu bunga, cik bunga pon mulai menghargai bunga. Pening ek? pedulikan jer la.



Dalam banyak-banyak bunga yang Allah S.W.T ciptakan, cik bunga sangat admire kat Daisy.Bagi cik bunga, daisy itu simple tapi cantik.Daisy tue melambangkan kesucian hati.Daisy juga boleyh diertikan sebagai kesetiaan .

Tengok bunga ni je,kompem terpegun dengan warna bunga ni..kelopak bunga ni yang halus dan banyak tu boleh menonjolkan perasaan ceria dalam hati korang dan perasaan ini jugak harus kita kongsi sama-sama...

sharing is caring

betul tak??bunga ni jugak tunjukkan ciri-ciri kecantikan dalaman dan kejujuran..kira kalau hati korang cantik dan selalu jujur,hati korang samalah dengan bunga daisy ni..haha...tapi bila cik bunga teringat dekat bunga daisy ni,perut terasa lapar pulak,bukan apa,teringat sekali majerin daisy,kalau dapat makan dengan roti,sedap wooo




Tahun lepas, masa jalan2 dengan roomate di Masjid Jamek, cik bunga nampak banyak bunga daisy yang dijual. Waktu tue sangat teruja melihat daisy yang berwarna- warni mekar didalam baldi berisi air tue. Ini antara dialog cik bunga dan roomate cik bunag iaitu kak mariah semasa kami berhenti depan jurujual bunga.

CB: Kak, saya suka sangat bunga nie .
KM: Kalau kak hadiahkan bunga nie dekat adik, adik mau x ?
CB: Tak payah la kak. Saya tunggu seseorang hadiahkan kepada saya.
KM: Owh, kalau mcm tue bila adik dah berpunya bagitau kak. Kak suruh dia hadiahkan
daisy dekat adik.

Kak Mariah, rindunya... Walaupun jarak umur kami 4 tahun, tapi kami memang kamceng. Sekian sahaja dari cik bunga untuk kali ini. Amir dah balik nak gne laptop pula....tata


Monday, May 30, 2011

Hanya kerana telur


Malam nie cik bunga terasa rajin nak turun dapur. Menu masakan adalah nasi goreng paprik ayam. sapa yang tatau nak buat atau minta resepi , meh cik bunga bgtau.

Bahan-bahan...ikut sesedap rasa.Kalau ramai tambahkan banyak bahan. Yang cik bunga bagi nie , bahan untuk 12 orang makan.

Untuk paprik ayam

3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
10 batang cili padi ( kalau kurang pedas boleh kurangkan)
Ayam ( ikutlah, kalau nak banyak letak banyak )
cili giling ( Yang nie pon kalau nak pedas ltk banyak)
Daun limau
1/4 bunga kobis
1 batang carrot
garam dan gula
sos tiram
sos cili
tepung jagung

1.Perapkan ayam dengan sos tiram.
2. Tumiskan bawang besar bersama bawang purih dan cili padi yang dibelah dua.Selepas itu masukkan cili giling.
3. Agak-agak naik bau, massukkan ayam yang diperap.Masukkan air dan biarkan ayam masak.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Selepas itu, masukkan carrot dan agak2 3 minit lepas tue masukkan pula bunga kobis
5. Bancuhkan tepung jagung dan masukkan dalam masakan untuk memekatkan kuah.
6.Akhir sekali, ramaskan daun limau dan masukkan dalam masakan.


Untuk nasi pula.

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
cili giling
garam
gula
sos cili
nasi


1. tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga naik baunya.
2. masukkan sos cili.
3.masukkan garam dan gula
4.akhir sekali masukkan nasi.


Inilah yang cik bunga buat 20 minit sebelum hidangan ini terhidang. Tiba-tiba sepupu cik bunga yang amek catering di politeknik datang

Syahir: Kak, paprik kena letak telur
Cik Bunga: Mana ada kena letak telur
Syahir: Orang tau la sebab orang pernah buat

HAHA, men ikut ja cakap Syahir. Lepas tue cik bunga pon tambahkan 3 biji telur dalam kuah paprik tadi.Mula-mula dah okeh kuahnya, tetiba jadi macam lain.Bapak pon datang

Bapak: Mana ada orang letak telur dalam kuah paprik
Cik Bunga: Tue Syahir suruh letak tadi. Dia cakap kena letak.
Syahir: Orang cakap letak kat nasi, bukan kat kuah.
Bapak: Apa daa dengar cakap Syahir tue

Hadoih, dah x jadi nasi goreng paprik ayam, jadi lah nasi goreng paprik telur ayam. Walaupon x jadi, tapi ada la rasa macam yang kedai buat tue sikit-sikit...It's alright, people learn from mistakes. Lepas nie x letak dah...


Monday, May 9, 2011

Owh Si Jenab anak pak Ali jual ikan kembong



After making some disaster in someone's life...okeh, segalanya sudah diperbetul balik...bak kata si Amir Maharaja lawak yang cik bunga langsung x minat, I'M SORRY....

hurm,cik bunga ada cerita pasal Si Jenab, anak pak Ali yang jual ikan kembong tue....alaah,yang ddk simpang 5 tepi kubur yang setiap hari ikat tocang dua pergi sekolah...Si Jenab nie masih hingusan lagi tapi tetiba gatal nak melibatkan diri dengan hal suka2 hati nie.Tatkala Si Jenab fikir-fikir,renung-renung dan bermuhasabah diri dia wat satu keputusan.Baginya malas la nak fikir bab tue lagi.Masih awal lagi waktunya.Jodoh pertemuan itu semuanya ditangan Allah. Jenab hanya mampu merancang tapi Dia-lah penentu segala. Apa2 pun , Jenab sebagai hambanya hanya mampu mengikut apa yang telah ditetapkan nanti.

Amboi Jenab,nak rancang2 plak.Apa-apa pun Jenab nie baru sedar yang sekarang ini bkn lagi waktu yang sesuai untuk Jenab membicarakan persoalan hati dan perasaan. Masih jauh lagi perjalanan Jenab untuk mengejar cita-cita.
Hurm, terima kasih inche c3 yang banyak bagi nasihat pada Jenab mse Jenab konfius dulu. Biarlah satu waktu nanti bila dirasakan sesuai, Jenab fikir ba2 nie.

Siapa Jenab. Wujudkah dia? Jawapan cik bunga entah...tp ambil la mana yang mampu jadi pengajaran. Oh Si Jenab yang masih hingusan, berani ek nak bercintan-cintan nie...

Sunday, February 6, 2011

nikah



Kak roomate dah bertunang
3 orang kawan sudah dirisik, insyaallah habis pengajian bakal berkahwin.
Adik2 dah bising cakap pasal kahwin sbb umur dah menjejak 20
Mak, bapa pon sama....siap dah plan lagi.
Cik bunga, DIAM....Malas nak fikir lagi...
AWAL LAGI LA NAK KAHWIN...Baru 20, belajar pon x habis lagi...
Bg cik bunga , kahwin ini adalah bab yang paling serius dalam kehidupan.
Kalau boleh, cik bunga hendak yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kenapa pula cik bunga malas nak fikir?
Bagi cik bunga, perkahwinan merupakan satu tanggungjawab.

Bersediakah cik bunga untuk memikulnya lagi?
Jawapannya belom.

Kenapa pula belom?
Sebab ada tanggungjawab lain yang perlu dipikul dahulu

Apa pula tanggungjawab itu?
Jawapannya adalah cita-cita.

Apa cita-cita cik bunga?
Sejak dari kecil, guru tak pernah lekang dibibir.

Jadi apa kesimpulannya?
Kejar cita-cita dahulu

Habis, apa yang cik bunga nak buat sekarang?
Jwapannya ada dibawah nie

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...




Saturday, January 15, 2011

Tatkala kau pergi




Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Otaiku sayang, semoga kita bertemu lagi...Dirimu tiada pengganti.Akan ku rindui keletah manjamu lagi.

Thursday, December 30, 2010

Tabahkan hati



Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan panik apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit?

Jika YA, teruskan...

*ya

Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?

Jika YA, teruskan...

*ya

Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?

Jika YA, teruskan..

*ya

Menjelang serangan terburuk yang anda ingat :
Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?...

*ya

Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?...ya

Adakah anda gementar atau bergetar?...ya

Adakah anda berasa setak nafas atau menghadapi kesulitan untuk bernafas?...ya

Adakah anda berasa tercekik atau tersumbat di kerongkong?...ya

Adakah anda berasa sakit, tertekan atau tidak selesa di dada?...ya

Adakah anda berasa loya, masalah perut atau cirit – birit secara mendadak?...ya, pedih perut

Adakah anda berasa pening, tidak stabil atau pengsan?...selalu

Adakah anda berasa aneh, tidak nyata, terasing atau tidak kenal akan sekeliling anda; atau anda berasa anda berada di luar atau berpisah dari sebahagian atau keseluruhan badan anda?...x

Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?...x

Adakah anda berasa akan mati?...ya

Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?...ya

Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?...ya

Adakah 4 atau lebih jawapan anda di atas adalah YA? ...lebey

Maka anda telah mengalami Gangguan Panik seumur hidup!

Baiklah, teruskan lagi ...

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda mengalami serangan secara berulang kali (2 atau lebih) diikuti oleh kebimbangan berterusan terhadap kejadian satu serangan lagi?

Jika YA...

*ya

Maka anda kini sedang mengalami Gangguan Panik!

* Sekiranya anda mengalami Gangguan Panik ini, maka teruskan dengan Senarai Semak seterusnya bagi penyakit Agorafobia

Agorafobia (Agoraphobia)

Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur, apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau kereta?...

*ya,saya x senang hati menaiki lif

Jika YA, teruskan...

Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya, atau anda menderita, atau memerlukan teman untuk menghadapi keadaan itu?...

*saya sudah hampir mengatasinya, tp masih memerlukan sokongan

Jika YA..
Anda kini disahkan mengalami Gangguan Panik bersama Agorafobia !



Selama ini cik bunga tercari-cari apa penyakit yg cik bunga hadapi sehinggakan cik bunga seringkali sukar utk bernafas,berdebar-debar,kerap rasa hendak pitam, badan x stabil.....rupanya cik bunga menghidapi panic attack....cik bunga dapat tahu mse cik bunga bertanyakan tentang masalah yg dihadapi cik bunga dalam satu forum perubatan

copy paste link dibawah

Monday, December 20, 2010

boring2....layan jer la menda nieh

Tagged nie saya cilok dri blog seseorang...jangan marah ya kak airul...

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and why you like it.

@ Gulai ikan kering...sebab cik bunga pun kering macam ikan tue
@ pajeri nenas...lagi suka kalau ada ikan masin skali.
@mushroom soup...pantang nampak menda nie kat tesco,mesti nak tibai....sedap


Jenis air apa yang korang paling suka?

@ teh...teringat ladang teh kat cameron
@ milo ais...milo taruk banyak,gula sikit tambah susu pekat....marvellous

Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?

@ malay @ western @ italian

Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!

@ ayam masak merah
@ nasi goreng resepi bapak
@ nasi minyak
@ ayam masak kicap...haha


Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?

@x kesah kalau mahal mcm mana pun...asalkan sedap dan puas untuk dimakan...x berbaloi kalau beli makanan murah tapi asyik merungut dekat makanan tue.

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?

@1A, Jalan Kenari Biru 1..blalalala...rumah sendiri la restoren paling sedap..semua makanan sedap2 tp cik bunga x gemok2 pon


Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak.Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.

@makanan laut la...udang,sotong,ketam dan blala....tp sayangnya x boley makan udang banyak sgt sbb allergic skit.

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..

@ wakakaka, soalan x der jawapan.....skip

Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?

@next question pleazzz

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?

@ ayam bakar, pizza, lasagna...wakaka. Dah soalan tue tanya mcm tue,kalau orang tue x mampu nak hidang x per la....buat apa yg mampu saja

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.

@tempe....walaupun ska soya, tp tempe masih tidak dapat melalui saluran esophagus lagi

Jajan/ cekedes yang korang suka

chipsmore....sekejap ada sekejap x ada

Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?

@ karipap
@ pau

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?

@Saya x ley makan pedas2 sbb ada gastrik...sakit perut nnti x pyh nak ckp...tp slalu jer makan pedas.Paling pedas masa pergi bermaustatin dekat rumah Athirah. Dia masak sambal udang...sedap tp pedasnya cik bunga x tahan



Silau mata turun....rahsianya?


"Puan,masih adakah potensi untuk mata saya kembali seperti sedia kala?"soalan itu cik bunga tanya semasa menemani kawan ke kedai optimetri di HUKM.

"Adik pakai cermin mata sejak bila?" Optimetrist tersebut bertanya kepada cik bunga.

"Sejak darjah tiga puan" Cik Bunga menjawab

"Macam mana dengan family adik? Ada yang pakai cermin mata?" Optimetrist tersebut bertanya kembali.

"Hampir semua puan" balas cik bunga kembali

"Sebenarnya,kalau power mata untuk adik kurang rasanya susah sedikit sbb mungkin ia ada kaitan dengan gene keluarga." kata optimetrist tersebut

" Habis puan, macam mana dengan produk w#$%^ tue? dengarnya boleh kurangkan power mata? " cik bunga membalas lagi.

" Kalau nak diikutkan, ramai pelanggan produk w#$%^ mengalami masalah selepas menggunakannya. Namun ada juga yang sembuh.Kalau nak diikutkan pakar dalam bidang kami, w#$%^ memang tidak dapat menyembuhkan mata...namun segalanya ketentuan tuhan. Mungkin ada certain orang yang boleh sembuh dengan menggunakan w#$%^...ada juga yang makin bertambah buruk. Doalah banyak- banyak ya" Optimetrist tersebut membalas pertanyaan cik bunga.

Bak kata optimetrist tersebut, doalah banyak2 untuk kesembuhan mata cik bunga. Kalau guna w#$%^ kalau tanpa izin Allah, mata cik bunga tak boley sembuh. Hurm, tapi disini cik bunga nak kongsikan satu amalan yang cik bunga lakukan sehinggakan silau mata cik bunga dah turun hampir seratus...kalau dulu silau cik bunga hampir 300 sekarang dah tinggal 200.

Rahsianya, setiap hari cik bunga titiskan air zam2 ke mata cik bunga. Lepas tue kena yakin bahawa Allah akan sembuhkan mata cik bunga melalui air zam2 yg menjadi asbabnya...Alhamdulillah, gembira sangat...

Untuk kawan-kawan, sehebat mana ubat yang kita makan untuk menyembuhkan sesuatu, ianya x akan berhasil tanpa izin dari Allah. Yakinlah Allah yang menyembuhkan dan insyaallah , dengan belas kasihannya Allah akan memakbulkan permintaan kita...amin


Friday, December 3, 2010

Aiming to Australia



Well, my lovely brother had just finished his foundation at Kolej Mara Kuala Nerang. After this, he's going to have a year foundation at UNIKL. A year after,he's going to continue studying abroad which is Australia after received the scholarship from MARA.

Congrats to my sweet little brother Amir


Now, I'm thinking of collecting some money so that I can visit him there...Hurm,by taking Air Asia I think I still can afford the ticket to go there ...After making some calculation, I think two thousand ++ will be enough.


Now,I'm aiming to go to Australia so that i can have a look where is my brother's campus,how is the place,where he would always go to eat...



Wait for me ya

This is how their money look like...
Maybe i'll meet this creature there?

Thursday, October 28, 2010

Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)

Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka rasulullah saw,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.

Tujuan Majlis ini diadakan ialah:

1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya

2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.

4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.

5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.

6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.

7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”

Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya RAsulullah saw bersabda,

“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membawa kitab Allah,saling mengajarkan sesama mereka,melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)

P/S:

Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah,ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.

Untuk kaum wanita hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah ,Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada oranng.

dari Cik Bunga: bersyukur dapat hidup disuasana nie..di rumah dan di IPGM masih mengamalkannya

Sunday, October 10, 2010

once friend we're always be friend


Kawan datang dan pergi, kawan sehidup semati, kawan susah senang.....
Wow! Banyak juga jenis kawan yer. Tp bg cik bunga, sekali kawan selamanya akan menjadi kawan. Maksudnya disini, sekali seseorang itu tertampal logo' kawan' dimuka...eh2,bkn2.Sekali org itu menjadi kawan, walau banyak mana kesalahan atau pergaduhan yang kami lalui, saya@ cik bunga akan berusaha mengekalkannya. Rasa sayang x kalau orang yang kita dah lama berkawan tiba2 putus begitu sahaja?. Even kawan kita itu sejahat mana pun, kita sebagai kawan perlulah menunaikan hak kawan kita untuk mengajaknya kepada kebenaran.

Sebenarnya, cakap pasal kawan , cik bunga selalu nampak mentaliti masyarakat kita bahawa kawan yang jahat perlu kita jauhi. Bagi cik bunga, merekalah yang harus kita hampiri. Kalau kita sebagai kawan x mendekati mereka untuk membawa mereka kepada perkara yang betul, siapa lagi tempat mereka bergantung harap untuk mengubah mereka.

Sebenarnya, semasa cik bunga di asrama dahulu cik bunga ada seorang kawan. Ramai budak perempuan pinggirkan dia kerana kesalahan lampaunya. Sejak cik bunga kenal dia, cik bunga cuba dekati dia. Rupa-rupanya, dia mempunyai masalah yang menyebabkan dia menjadi begitu. Percayalah, setiap manusia yang dianggap jahat, mesti ada sebab mengapa mereka jadi begitu. Semakin lama cik bunga berkawan dengannya, cik bunga x nampak sebab mengapa budak perempuan yang lain pinggirkan dia. Apa yang cik bunga nampak adalah dia manusia yang terpilih oleh Allah untuk menempuh satu ujian dan memerlukan sokongan daripada sesiapa pun. Cik bunga berkawan rapat dengannya, menjadi tempat dia meluahkan perasaan dan masalah. Kami kongsi bersama saat suka dan duka dan dari situlah cik bunga nampak dia berubah secara perlahan-lahan . Sebenarnya, dia perlukan sesorang untuk dia meluahkan isi hati, bukan untuk dibenci.

Cik bunga pernah terbaca satu ungkapan dari buku Sinergi karya Hilal Asyraf. Ungkapannya berbunyi lebih kurang begini " andai kau terjun ke neraka, aku akan mengikutimu agar dapat aku tarik kau bersama-sama menuju kesyurga". Sanggupkah kita menjadi kawan sebegini? Sedikit pun jadilah. Tapi cik bunga masih tidak bersetuju bahawa rakan yang jahat harus kita jauhi. Kita cuba dekati tapi janganlah kita mengikuti. Faham? kita harus dekati mereka, tetapi kita jangan terikut dengan perangai jahat mereka. Selagi kita mampu merubah mereka, ubahkah. Jika kita rasa bahawa dengan mendekati mereka, kita juga akan terikut, cubalah jauhi mereka tetapi jangan tinggalkan terus mereka, berdoalah supaya mereka pula akan mengikuti kita. Yakinlah bahawa hati manusia ini adalah hak milik Allah, sekeras2 hati manusia, dengan izin Allah akan menjadi lembut juga. Sejahat-jahat manusia, dengan izin Allah akan menjadi baik juga. Jadi kepada siapa harus kita memohon?

Allah Maha Kuasa. Sedarlah bahawa kaunselor,polis dan sebagainya hanyalah asbab ( perantara) untuk manusia berubah. Janganlah kita yakin bahawa dengan berjumpa kaunselor dan sbgainya kawan kita akan berubah. Tetapi yakinlah bahawa Allah lah yang maha kuasa membetulkan hati kawan kita melalui kaunselor dan sebagainya. Jadi , kita perlu yakin kepada siapa? Allah MahaBesar. Yakinlah pada Allah.Cik Bunga ulangi lagi, yakinlah pada Allah.

Dirumah cik bunga selalu diadakan majlis 'taalim' ataupun bacaan hadis-hadis nabi dan kisah sahabat selepas maghrib. Selepas sesi 'taalim', bapa cik bunga akan menceritakan enam sifat sahabat nabi. Yang pertama ialah yakin dengan kalimah Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.Kali ini cik bunga rungkaikan maksud Lailahaillallah dahulu. Maksudnya disini adalah kita hendaklah yakin bahawa Allah yang maha kuasa. Makhluk semuanya tidak berkuasa. Jika kita lihat doktor mampu sembuhkan penyakit, kita perlu sedar bahawa tanpa izin Allah penyakit itu tidak akan sembuh. Doktor hanyalah perantara dari Allah kepada kita, jadi kita perlu yakin kepada siapa? Doktor? atau Allah? Sebab itulah, jika kita berkehendakkan apapun, Allah sentiasa ada dengan kita . Jika kita berkehendakan kawan kita untuk berubah, mohonlah dan yakinlah pada Allah. Kita akan menjadi kawan yang membawa kawan kita ke syurgawi. Itulah kawan sejati.


Friday, September 24, 2010

Akhirnya aku jumpa jawapanku


Dulu aku tertanya -tanya mengenai imanku ,tuhanku,kemana harus kusalurkan cintaku
Buku ini merupakan jawapan bagi segala persoalan itu...Cik Bunga


p/s: akan bersambung

Tuesday, August 31, 2010

Gembira dan berduka....oh si tua

Senyum seindah suria yang membawa cahaya, namun senyum ini penuh kedukaan


Lihat wajah atuk diatas nie...cik bunga gembira dan pada masa yang sama bersedih juga. Gambar diatas cik bunga ambil dari keratan akhbar dari Utusan Online.

"PENGHUNI Rumah Kenangan, Ali Husaini,71, gembira menunjukkan duit raya yang diterimanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kuching, Sarawak, 30 Ogos. Seramai 60 warga emas, anak yatim dan orang kurang berkemampuan menerima sumbangan tersebut". - Utusan

Nampak tak kenapa cik bunga berasa gembira dan pada masa yang sama sedih juga? Tak nampak lagi? Hurm, begini sebenarnya. Cik bunga gembira sebab cik bunga dapat melihat senyuman terukir dibir atuk ini. Senyuman kegembiraan tatkala anak sendiri membuang dirinya tetapi masih ada lagi insan yang prihatin terhadapnya. Sedih pula apabila mengenangkan nasib atuk ini beraya tanpa keluarga disisi. Ya Allah, sebesar mana dosa kedua ibu bapa kita, mereka masih perlu kita hormati dan juga sayangi.

Mari cik bunga kongsikan artikel yang cik bunga tulis di laman web biliksebelah.wordpress.com yang bertajuk " Oh si tua, dimana anakmu"



Oh Anak…Kalaulah Kau tahu…bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur.

Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan. Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

Kurang ajar! Biadap! Tak kenang budi! Hanya perkataan seperti itu yang layak digelar kepada si anak. Anak yang dibesarkan dengan susah payah selama ini memberi balasan seumpama ini kepada ayahnya. Mana pergi tanggungjawab dan amanah yang terpikul?Tergamak anaknya berbuat begitu.

Ayah yang terlantar uzur tidak bermaya , yang mengharapkan perhatian anaknya tatkala diri ini sudah menuju ke penghabisan usia. Oh anak, tergamaknya dikau membiarkan dia sendirian

Ini belum dicampur lagi dengan kebanjiran si tua ditepi-tepi jalan untuk meminta sedekah. Tatkala saya lalu-lalang disebelah mereka, saya terfikir dimanakah anak mereka? Anak jenis apakah ini yang sanggup membiarkan ibu-bapa sendiri meminta sedekah ditepi jalan? Mana dia perut-perut yang disajikan makanan dari titik peluh seorang ayah dan ibu? Tergamak mereka.

Disini juga saya ingin selitkan kisah seorang anak yang mulia. Marilah sama-sama mengambil iktibar dari kisah ini

Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” katanya di dalam hati dengan hairan. Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan sebagaimana tadi. Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?” “Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa. Pemuda itu berkata, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh. “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku sebagai anak. “Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku tetap melaksanakan tugas aku. “Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi,” kata pemuda itu. Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. “Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih di sisi Kami,”. Allah juga berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami pindahkan ke dalam syurga.””

Renungilah kisah diatas. Seperti mana yang kita sedia tahu, khinzir merupakan haiwan yang haram. Jika kita renungi kisah diatas, walaupun ibu dan ayah pemuda tersebut telah bertukar menjadi khinzir, tetapi kasih sayang pemuda tersebut terhadap ibu dan ayahnya tidak dipisahkan melalui sifat fizikal ayah dan ibunya. Pemuda itu sedar bahawa walaupun ibu dan ayahnya seekor khinzir, tanggungjawab untuk membahagiakan mereka masih tidak terlepas dari bahunya. Contohilah pemuda diatas.

Wahai pembaca sekalian. Jika anda salah seorang anak yang membuang ibu dan ayah anda, bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka bagi anda. Jagalah ibu dan ayah anda sebaiknya. Walaupun ibu dan ayah anda pernah melakukan kesilapan, maafkanlah dan terimalah mereka . Mahukah anda jika anak-anak anda melakukan perkara sedemikian kepada anda? Insaflah dan sayangilah ibu bapa anda selama mereka masih ada. Jika sudah terlambat,titipkanlah doa untuk mereka kerana sesungguhnya doa seorang anak yang soleh merupakan salah satu bekalan bagi mereka ketika berada dialam sana. Akhir kata dari saya, sayangilah ibu dan ayah selagi mereka masih ada dan titipkanlah doa hingga keakhir hayat anda untuk mereka.

Allah telah berfirman: “Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu”.

zahra si bunga













Facebook Badge