Bila ler cik bunga nak berani naik menda nie....berikut adalah situasi yang dialami semasa naik lif
- Boleh naik tp lepas mse naik tue kena ler pegang kwn atau pemegang kat tepi utk atasi rasa takut
- lepas naik mula ler rasa loya dan pening
- Dah lama dah fobia dengan menda nie,tapi sampai sekarang masih belum dapat diatasi
- Tak berani nak naik menda nie sorang2
- fobia bermula semasa cik bunga masih kanak2.
Tiba-tiba,lif tersebut berhenti dan pintunya terbuka. Cik bunga berharap atuk akan datang menerpa kearah cik bunga. Namun andaian cik bunga salah. Bukan wajah atuk yang muncul tetapi dua orang lelaki cina dewasa. Ketakutan cik bunga bertambah lalu cik bunga menangis dengan lebih kuat. Dua lelaki cina yang prihatin itu mulai memujuk cik bunga tetapi cik bunga langsung tidak memperdulikan pujukan mereka.Bagi cik bunga, hanya atuk yang cik bunga inginkan. Mereka berdua cuba untuk membantu menenangkan cik bunga namun tiada apa yang dapat menenangkan cik bunga selain dari melihat wajah atuk cik bunga.
Lif terus bergerak turun dan berhenti. Pintunya yang tertutup rapat mulai terbuka secara perlahan- lahan . Wajah yang cik bunga inginkan sewaktu berada didalam lif muncul disebalik pintu lif. Tatkala sahaja melihat wajah atuk, tangisan cik bunga mulai berhenti lalu cik bunga berlari memeluk atuk seeratnya. Atuk yang didalam dakapan cik bunga hanya ketawa sahaja melihat keletah cik bunga.
Selepas peristiwa tersebut, cik bunga memang x suka naik lif. Fobianya masih ada sehingga sekarang. Jika cik bunga terpaksa sahaja baru cik bunga naik lif dan itupun jika cik bunga ditemani orang lain. Cik bunga berharap fobia ini akan reda suatu hari nanti dan cik bunga akan menjadi seorang yang berani menaiki lif.
No comments:
Post a Comment