Wednesday, July 28, 2010

pelangi?


kadang-kadang Allah turunkan hujan

Ditambah dengan guruh

Siap dengan kilat lagi

Kita tertanya-tanya

Kemana perginya matahari?

Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah


Matahari pergi, awan pun pergi...pelangi? masih belum aku temui...namun Allah sentiasa menemani...tidak pernah rasa sunyi dihati kerana Allah sentiasa berada disisi...diri ini tidak perlukan teman untuk berkasih...maaf,belum tiba masanya lagi.

Yang berani meminta sang gadis dari walinya
Yang inginkan perhubungan yang halal baginya
Dan itulah teman yang aku cari.

Alhamdulillah,prinsip masih digenggam erat. Terima kasih Ya Allah kerana telah kuatkan hati

Sunday, July 25, 2010

bunga itu pernah lupa akan penciptanya















Ada sekuntum bunga ,daisy namanya.Setiap hari,daisy menerima limpahan kasih sayang dari matahari untuk dia melakukan proses photosynthesis.Daisy juga menerima kasih sayang dari hujan yang menyegarkan dirinya . Setiap hari,daisy berfikir bahawa dengan limpahan kasih sayang dari matahari dan hujanlah dia dapat hidup. Suatu hari, daisy terlindung di balik timbuan kayu. Tiada lagi cahaya matahari untuknya.Kesegaran hujan juga tidak dapat lagi dirasai.Daisy berasa sedih sekali dengan situasi yang dialaminya.Fikirnya,kehidupan bahagianya akan berakhir begitu sahaja.Sedang daisy mengelamun seorang diri, sang kumbang datang menyapa.

Kumbang: wahai daisy,mengapa anda bersedih?
Daisy : Wahai sang kumbang,tiada lagi matahari dan hujan menemani hidupku
Kumbang: Wahai daisy,yakinlah bahawa Allah pentadbir sekalian alam akan membantumu.Hanya pada Allah tempat mengadu
Daisy : Terima kasih sang kumbang.Selama ini aku berfikir bahawa matahari dan hujanlah yang dapat membuatku hidup hingga saat ini.Aku terlupa bahawa Allah yang memberikan hujan dan matahari kepadaku.Terima kasih atas peringatan itu sahabatku.

Selepas ditegur sang kumbang, daisy tidak putus2 bermohon kepada Allah agar dilepaskan dirinya dari kesulitan yang dialami. Doa si daisy termakbul oleh yang esa. Kayu yang menghalang matahari dan hujan telah dialihkan oleh seorang pemuda yang baik hati.Hiduplah daisy atas limpahan kasih sayang sang penciptanya.

p/s: setiap kesulitan pasti akan ada penyelesaiannya.Bermohonlah pada Allah dengan yakin dan sabar

Saturday, July 24, 2010

Selamat menjadi tua cik bunga

Birthday girl


Antara hadiah yg cik bunga dapat.Vitamin dan ubat gastrik
dekat belakang tue bkn hadiah ek.


TOK !! TOK !! TOK!!!

Pintu cik bunga diketuk dari luar.Cik bunga yang tengah melayan facebook terhenti dari 'kerjanya' lalu menerpa kearah pintu.

KRIUK!!

Pintu dibuka perlahan-lahan. Cik bunga menjenguk ke luar bilik namu tiada siapa yang cik bunga lihat. Tiba- tiba cik bunga dapat merasakan sejenis serbuk dibaling kearah muka cik bunga.

JENG JENG

'Happy Birthday Zahra'.....

Rakan-rakan cik bunga yang bersembunyi dibelakang pintu mula mempamerkan wajah nakal mereka. Habis muka cik bunga disembur dengan bedak. Hehe, thanks korang kerana datang tengah- tengah malam ke bilik cik bunga untuk wish birthday.Keesokan harinya, Cik Bunga ternanti-nanti panggilan ucapan hari jadi dari keluarga tersayang.

"Puaskah kau lukaiku,puaskah kau sakitiku,puaskah khianatiku,puaskah oh sayangku"

Lagu Puaskah dendangan Wali band yang telah di'set' sebagai nada dering bergema di handphone cik bunga. Nama bapak yang terpapar di skrin menggembirakan cik bunga. Ya ,family tersayang sudah menghubungi.Suara mak,bapa,tok dan aishah menyapa disebalik handphone membuatkan cik bunga gembira.Ya ,cik bunga rindukan mereka. Emak menyusulkan cadangan supaya cik bunga membeli kek untuk menyambut birthday cik bunga namun disebalik cadangan itu cik bunga terasa sedikit syahdu.

Tahun ini merupakan tahun keempat cik bunga tidak menyambut hari lahir cik bunga seperti orang lain. Tiada kek harijadi ,makanan dan segalanya. Bagi cik bunga, sejak kematian atuk yang disayangi segalanya sudah hambar. Dahulu semasa arwah masih ada, dia mesti membelikan hadiah hari jadi untuk cik bunga. Hari jadi cik bunga mesti disambut dengan gembiranya. Sekarang, nak sambut hari jadi pun rasa tak seronok dah. Oleh itu, cik bunga memutuskan tiada kek hari jadi sewaktu hari jadi cik bunga.

Masul lajnah cik bunga turut mencadangkan untuk menyambut hari jadi cik bunga namun cik bunga menolak. Biarlah, nak sambut hari jadi pun sudah tidak bermakna tanpa orang yang paling cik bunga sayang. Sampai bila cik bunga hendak jadi begini? Biarlah hati ini memutuskan sendiri.

Banyak ucapan hari jadi yang cik bunga terima dari rakan-rakan namun antara banyak2 ucapan tersebut,ada satu ucapan yang menarik perhatian cik bunga. Ucapan tersebut datangnya dari classmate cik bunga semasa di mrsm merbok. Nadzmi,nama pengirim ucapan yang berbunyi '
Mati plg dekat skali .Masa lalu adlh plg jauh .Hepy bufday'

Ya itu adalah peringatan untuk cik bunga. Semakin bertambah usia,semakin dekatlah diri ini dengan kematian. Masa lalu yang cik bunga harungi pergi jauh meninggalkan cik bunga. Kematian makin hampir namun sudah cukupkah amalan untuk dibawa diakhirat kelak? Ucapan tadi memberi perigatan kepada cik bunga bahawa cik bunga harus berusaha untuk menambah bekalan menuju hari akhirat.

Ya Allah,
Semakin dekat saat kematianku,
Namun kurasa masih belum cukup amalanku.
Kau panjangkanlah umurku Ya Allah
Agar dapat aku cari lagi bekalan itu

Ku harap, padamu Ya Allah,
Disaat dipertimbangkan amalanku,
Neraca di kanan lebih berat dari sebelahnya,
Amalan baikku lebih berat dari lawannya Ya Allah
Hanya padamu aku bermohon,
Sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha mengasihani

Andai saatku sudah tiba Ya Allah,
Kau matikanlah aku sebagai seorang hambamu yang solehah,
Yang akan pulang bersama kejayaan
Setelah menghadapi dugaan dunia yang banyak menyesatkan

Ya Allah,
Jika saatku sudah tiba,
Kau tempatkanlah aku dikalangan orang yang beriman
Yang dapat memasuki syurgamu
Kerana itulah impian di waktu hidupku

lif itu raksasa


Bila ler cik bunga nak berani naik menda nie....berikut adalah situasi yang dialami semasa naik lif
  • Boleh naik tp lepas mse naik tue kena ler pegang kwn atau pemegang kat tepi utk atasi rasa takut
  • lepas naik mula ler rasa loya dan pening
  • Dah lama dah fobia dengan menda nie,tapi sampai sekarang masih belum dapat diatasi
  • Tak berani nak naik menda nie sorang2
  • fobia bermula semasa cik bunga masih kanak2.
Ya,dari kecil lagi cik bunga takut hendak naik lif. Semuanya bermula semasa cik bunga berumur lima tahun( kalau x salah). Waktu itu cik bunga sedang pergi shopping dengan atuk.Oleh kerana agak lama menunggu lif, selepas sahaja pintu lif terbuka cik bunga terus meluru masuk. Belum sempat atuk cik bunga masuk, lif itu terus tutup. Wktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya seorang anak kecil bersendirian didalam lif tanpa ditemani sesiapapun. Banyak button yang ditekan supaya lif tersebut terbuka. Namun usaha cik bunga sia-sia. Lif itu terus bergerak menuju ke tingkat atas. Cik bunga mulai menangis.

Tiba-tiba,lif tersebut berhenti dan pintunya terbuka. Cik bunga berharap atuk akan datang menerpa kearah cik bunga. Namun andaian cik bunga salah. Bukan wajah atuk yang muncul tetapi dua orang lelaki cina dewasa. Ketakutan cik bunga bertambah lalu cik bunga menangis dengan lebih kuat. Dua lelaki cina yang prihatin itu mulai memujuk cik bunga tetapi cik bunga langsung tidak memperdulikan pujukan mereka.Bagi cik bunga, hanya atuk yang cik bunga inginkan. Mereka berdua cuba untuk membantu menenangkan cik bunga namun tiada apa yang dapat menenangkan cik bunga selain dari melihat wajah atuk cik bunga.

Lif terus bergerak turun dan berhenti. Pintunya yang tertutup rapat mulai terbuka secara perlahan- lahan . Wajah yang cik bunga inginkan sewaktu berada didalam lif muncul disebalik pintu lif. Tatkala sahaja melihat wajah atuk, tangisan cik bunga mulai berhenti lalu cik bunga berlari memeluk atuk seeratnya. Atuk yang didalam dakapan cik bunga hanya ketawa sahaja melihat keletah cik bunga.

Selepas peristiwa tersebut, cik bunga memang x suka naik lif. Fobianya masih ada sehingga sekarang. Jika cik bunga terpaksa sahaja baru cik bunga naik lif dan itupun jika cik bunga ditemani orang lain. Cik bunga berharap fobia ini akan reda suatu hari nanti dan cik bunga akan menjadi seorang yang berani menaiki lif.

Sunday, July 18, 2010

Berakhirnya KPTI, bermulanya semangat aku...terima kasih Ya Allah



Sebenarnya,cik bunga berniat meninggalkan kelab asy-syakirin dimana kelab ini merupakan satu landasan yang diberi Allah supaya cik bunga untuk menyeru hambanya melakukan kebaikan.Cik bunga merasakan cik bunga belum layak lagi untuk menyeru hamba2 Allah kerana banyak sangat kekurangan cik bunga.Niat untuk keluar kelab itu disuarakan kepada rakan-rakan. Mereka menentang keras keputusan cik bunga kerana sememangnya manusia merupakan khalifah Allah s.w.t untuk memimpin hamba-hambanya yang lain.

Agak-agak dalam seminggu juga cik bunga mengalami tekanan ditambah pula dengan adik cik bunga yang hampir-hampir berada dalam keadaan kritikal. Kalau ikut hati,cik bunga mahu keluar namun cik bunga tidak sedar bahawa keputusan hati cik bunga merupakan bisikan syaitan yang durjana supaya cik bunga alpa dengan suruhan Allah untuk menyeru org kearah kebaikan. Diri ini amat tertekan lagi apabila pengunduran cik bunga dari kelab asy-syakirin dikaitkan dengan prselisihan faham cik bunga dengan rakan selajnah cik bunga.Tidak,bukan kerana dia cik bunga keluar.Kalau cik bunga keluar kerana dia,maka bodohlah cik bunga.

Setiap hari cik bunga memohon kehadrat Allah agar cik bunga diberi petunjuk untuk membuat keputusan. Cik bunga keliru sama ada untuk keluar kelab asy-syakirin atau tidak.Akhirnya,semasa malam cik bunga menjadi fasilitator untuk adik-adik junior,cik bunga seolah-olah tergerak hati untuk bertanya kepada junior tentang siapa yang tidak pandai membaca Al-Quran.Akhirnya,ada seorang daripada mereka yang berani dan jujur untuk mengaku.Ya Allah, cik bunga sedih melihat keadaan adik itu. Dia jadi begitu kerana dilahirkan di dalam persekitaran di mana ibu dan ayahnya sendiri tidak solat. Hati cik bunga yakin bahawa adik itulah petunjuk dari Allah supaya cik bunga memimpinnya. Jadi sekarang cik bunga telah membuat keputusan dengan yakinnya bahawa cik bunga tidak akan meninggalkan kelab itu.

Ya Allah,kau maha pengampun lagi maha mengasihani
Ampunkan aku kerana aku telah berputus asa untuk mnyebarkan agamamu,
Ampunkan aku kerana terleka dengan suruhanmu.
Aku insan yang lemah Ya Allah,
Kau kuatkanlah aku.
Aku insan yang jahil Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu hatiku kearah kebenaran.
Ampunkan aku Ya Allah,
Jadikan aku insan yang lebih baik.

Saturday, July 17, 2010

Kuatkan bunga ini Ya Allah

Ya Allah,
Aku hambamu yang lemah,
Aku hambamu yang hina,
Selalu aku berpaling darimu,
Tapi kau tak pernah berpaling dariku
Malah kau limpahkan lagi kasih sayanmu

Ya Allah,
Aku ingin menjadi bunga yang dahulu,
Bunga yang hatinya untukmu,
Bunga yang cintanya hanya untukmu,
Bunga yang sentiasa mekar kerana kasih sayangmu.

Ya Allah,
Ampunkan aku

Facebook Badge