sejak kebelakangan ini,kerap betul aku mimpi berjumpa atuk aku...tp setiap kali bermimpi,situasinya ialah semasa atuk aku tgh nazak....
yer ,aku akui aku sangat rindukannya dan rindu ini pasti tidak akan terubat kerana atuk aku telah pergi untuk selamanya...kata-katanya yang terakhir padaku masih lagi tersemat rapi didada..."kakak,kakak sayang tok wan?'...itulah kata2 terakhirnya padaku...
dan ya,aku akui...aku masih lagi terkilan kerana x sempat berbicara dengannya sebelum
atukku meninggalkanku buat selamanya
ya aku akui,kasihku terhadap atukku melebihi segalanya
ya ,aku akui aku teringin untuk mengucup pipinya lagi,bermain rambutnya lagi,memeluknya lagi
dan yang paling penting menjaganya lagi...
ya aku akui aku terkilan...aku kurang menjaga atukku semasa sakit kerana aku berada di sekolah berasrama penuh
ya ,aku terkilan kerana x sempat berjumpa atukku sebelum atukku koma...
tp aku bersyukur atukku meninggal dalam keadaan baik sekali,
wajahnya berseri2,dan kepergiannya dikelilingi insan yang disayangi...
orang cakap roh seseorang itu x akan pergi sebelum bertemu dgn insan yang paling disayangi
dan atukku...rohnya seakan2 menunggu aku sebelum pergi
dan apabila teringatkan perkara ini,aku tidak sedih lagi
kerana akulah cucu yang atukku paling sayangi
jadi aku x bersedih lagi
kepergian atukku telah aku redhai
hanya doa menjadi penghubung kasih sayang antaraku dan atukku
No comments:
Post a Comment