Saturday, August 4, 2012

Kisah pengembara 1

Kisah benar ini diceritakan oleh rakan saya.



Gambar diatas adalah sekadar ilustrasi

3 jam berjalan di sekitar Jalan TAR memang amat memenatkan.Ditambah pula dengan orang yang bersesak-sesak, panas terik dan keadaan diri yang lelah dek kerana berpuasa. Tepat jam 6.00 petang, Zaza mengorak langkah untuk pulang bersama dua orang rakannya Jessica dan Suzana. Suzana yang telah kehabisan baki di kad touch-n-go beratur untuk menambah nilai dalam kad tersebut manakala Jessica pula beratur untuk membeli token lrt. Pada saat inilah peristiwa itu bermula. Dek kerana badannya yang keletihan, Zaza bertenggek di kaunter yang tidak berpenghuni. Disebelahnya, kedengaran seorang makcik tua yang bertanyakan arah laluan lrt kepada petugas kaunter

Makcik Tua: Dik, macam mana hendak pergi ke Salak Selatan
Petugas: Makcik boleh ambil lrt ke laluan Sri Petaling. Bila makcik dengar pengunguman lrt ke Salak Selatan, makcik boleh keluar dari lrt selepas itu.
Makcik Tua: Makcik bukannya apa, makcik kena turun situ sebab nanti anak makcik boleh ambil makcik disana. Diorang semua bekerja, sibuk dengan kerja masing-masing. Bila makcik turun disana, senang sikit diorang ambil makcik.

Makcik itu pun mulai giat berceloteh. Zaza yang berada tak jauh dari kaunter berasa terhibur melihat gelagat petugas lrt yang seperti berharap makcik itu cepat berlalu pergi. Selesai penerangan diberi, makcik tua itu mulai mengorak langkah menuju ke platform yang sepatutnya. Terkial-kial makcik itu menggunakan sistem token yang kelihatan janggal baginya.

Nampaknya Suzana dan Jessica sudah selesai dengan urusan masing-masing. Maka mereka bertiga mengorak langkah ke platform yang sama seperti makcik tersebut. Suzana mengambil tempat disebelah makcik tua tersebut.Makcik tua yang baik hati itu pula beranjak kehadapan sedikit dari tempat duduk bagi membolehkan Zaza duduk dibelakangnya.Dek kerana peristiwa di kaunter tadi, Zaza memulakan bicaranya.

Zaza: Makcik, makcik nak pergi ke Salak Selatan kan...Makcik ikut saya, nanti saya akan beritahu bila makcik boleh keluar dari lrt nanti
Makcik: Anak pergi sana juga? Alhamdulillah, ada orang tunjukkan jalan.
Zaza: Tak, saya tak turun ke Salak Selatan tapi laluan saya akan bertembung tempat itu juga.

Selesai mendengar penerangan Zaza, makcik tua itu membuka begnya dan mengeluarkan sehelai kertas dan menunjukkannya ke Zaza.

Makcik: Makcik nak pergi ke tempat ini. Anak makcik suruh ambil lrt. Lepas itu, naik bas ke tempat ini.

APARTMEN *******...Zaza memang kenal sangat dengan tempat itu. Melihat jam yang sudah menghampiri 6.30, dia mulai berfikir. Kalau makcik nie sampai ke Salak Selatan dan menunggu bas ke destinasinya, pukul berapa dia hendak berbuka puasa? Lantas Zaza mengambil satu kata putus.

Zaza: makcik ikut saya yer.Nanti tempat tinggal saya bertembung dengan rumah anak makcik juga.

Tettt...Lrt ke Sri Petaling pun sampai. Kelihatan semua tempat duduk sudah penuh. Zaza terus bertanyakan kepada seorang wanita cina.

Zaza: Excuse me. can you give your seat to this women?
Wanita Cina : I'm sorry. I'm pregnant

zzzzzzzzzzzzz.. Macam kena kilat. Muka Zaza dah merah padam. yerla, perut wanita cina tue kecik sangat. Lepas tue terlindung pula dengan beg.Tak berapa lama kemudian, ada seorang wanita melayu bangun dan memberikan tempat duduknya kepada makcik tua tersebut. Alhamdulillah, tapi tak lama kemudian selepas duduk, makcik ini pula mulai mengarahkan orang disebelahnya bangun.

Makcik: Tolong beri adik ini tempat duduk. Dia yang akan menjaga makcik sampai makcik balik nanti.

Huih, bertambah merah muka Zaza. Nasib baik lelaki disebelah makcik nie sporting dan memberikan tempatnya kepada Zaza.

Semasa berada disebelahnya, makcik tersebut mulai bercerita mengenai kisahnya dan juga anak-anaknya. Kisah menantunya yang kasar dengannya,kisah anaknya yang membiarkannya dan kisah perjalanan hidupnya. Merah mata makcik tersebut menahan tangisan. Zaza disebelah mulai sebak kerana dia memang tak boleh lihat orang menangis. Dalam cerita makcik tersebut yang antara dengar dan tak dengar kerana kebisingan dalam lrt, Zaza membuat kesimpulan bahawa makcik ini datang dari keluarga dimana anak-anaknya tak perdulikannya. Sampai disatu ayat, mata Zaza mulai berair

Makcik: Makcik kadang-kadang rasa hendak pergi kemana-mana berseorangan. Tak mahu mengharapkan anak-anak. Makcik sampai berharap suatu masa nanti makcik hilang dan mereka temui makcik di balai polis. Baru mereka menyesal dengan perbuatan mereka

Ya Allah, samapi begitu tergurisnya hati makcik ini.

Oleh kerana tidak biasa turun di Salak Selatan, Zaza mengajak makcik tersebut turun di Bandar Tu Razak. Alhamdulillah, makcik tersebut menurut sahaja. Apabila tiba di destinasi, Zaza dan makcik terus pergi ke teksi memandangkan Jessica dan Suzana ada urusan di Bandar Tun Razak. Dalam perjalanan, Zaza menelefon anak makcik tersebut. Lebih kurang beginilah perbualan mereka.

Zaza: Puan *******, emak puan ada dengan saya. Nanti puan tunggu dekat bawah apartment ya.

Puan ******* , suaranya seperti orang yang sedang malu atas tindakannya.

Dalam perjalanan, makcik tersebut bertanyakan berapa tambang teksi ke rumah anaknya. Zaza menjawab bahawa makcik tersebut tidak perlu membayar apa-apa.

"Saya belanja makcik hari ini". Berulang kali ayat itu dituturkan kepada makcik tersebut namun makcik tua itu masih mahu membayar tambang teksi itu.

Zaza: Makcik, ini bukan duit saya pon. Nie duit kerajaan.

Terpinga- pinga makcik tersebut apabila Zaza memanggil duit elaun sebagai duit kerajaan.

Makcik: Kamu masih belajar lagi, ambil lah

Nak ambil, x nak? Zaza dalam dilema. Kasihan apabila dia terlihat makcik tersebut mengeluarkan wang dari dompet yang penuh dengan syiling.

Apabila tiba di destinasi makcik tersebut, anaknya masih tidak kelihatan di pondok pengawal. Kasihan makcik itu.Zaza pun meneruskan perjalanan ke destinasinya.


Kesimpulan: Kisah yang diceritakan kawan saya ini sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada saya. Tergamaknya anak membiarkan mak mereka yang sudah tua berjalan seorang di bandaraya Kuala Lumpur yang besar ini. Berbekalkan kertas alamat yang ditulis anaknya dan duit tambang berupa syiling,makcik ini kuatkan hatinya pergi menyelesaikan urusannya tanpa mahu menyusahkan anaknya. Hal ini kerana dia banyak terasa dengan tindak-tanduk anaknya sebelum ini. Saya terus menghubungi adik saya dan menceritakan kisah ini. Kami berdua, membuat janji agar nanti tidak akan kami biarkan mak kami seperti makcik ini. Insyaallah.

Monday, June 25, 2012

The Happiness Circle




Assalamualaikum pembaca sekalian, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diterbitkan idea untuk menulis entri kali ini. Sudah lama niat dipahat,Alhamdulillah atas kelapangan masa dapatlah direalisasikan.

Entri kali ini akan lebih menfokuskan mengenai pengalaman saya sendiri mengikuti satu bulatan yang menggembirakan. Haha, kepada yang tahu sila senyap dulu. Kepada yang tak tahu sila buat muka blurr sebentar

Ok, saya nampak muka blurr itu. Baiklah, bulatan kegembiraan yang saya maksudkan disini adalah gelaran yang diberi oleh Wardina Safiyyah kepada satu aktiviti yang digelar Usrah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana setelah lama saya mencari-cari bulatan kegembiraan yang benar-benar menggembirakan, akhirnya saya temui.

Saya merupakan murid beraliran sekolah kebangsaan dan kemudiannya melanjutkan pula pengajian ke sekolah convent. Sepanjang saya mengikuti pengajian di kedua-dua sekolah tersebut, saya secara jujurnya tidak pernah mendengar perkataan usrah. Tambahan pula, melalui pengalaman saya belajar disekolah convent,agama tidaklah begitu menjadi satu keutamaan disini. Oleh itu, memang jauh sekali perkataan usrah itu trbit dari lidah pelajar disana.

Apabila berhijrah pula ke sekolah berasrama iaitu MRSM, saya mulai diberi pendedahan yang lebih terhadap aktiviti berunsur keagamaan. Disanalah saya mengenal apa itu mathurat dan juga bulatan kegembiraan. Ya, bulatan kegembiraan. Namun begitu, saya tidak berpeluang untuk menyertainya. Entah mengapa, waktu itu mulut ini tidak berani meminta untuk menyertai usrah yang diadakan. Mungkin kerana pada waktu itu saya menyangka bahawa usrah itu hanya untuk ahli BADAR disana. Apa yang saya mampu buat hanyalah mengintai dicelahan tingkap surau untuk melihat aktiviti usrah yang dijalankan. Namun begitu, Allah masih memberi saya peluang untuk berusrah secara tidak langsung. Di MRSM, saya agak rapat juga dengan ahli BADAR. Pada merekalah saya mendapat usrah yang tidak langsung dimana jika saya mempunyai permasalahan mengenai agama, saya akan berada bersama mereka untuk membincangkannya.

Alhamdulillah, peluang melanjutkan pelajaran di IP Teknik membuka mata saya dengan lebih luas mengenai aktiviti usrah. Namun begitu, diri ini agak jahil pada permulaannya. Biasalah manusia, imannya adalah bak air dilautan. Ada pasang surutnya. Seingat saya, pada permulaan berada di IP Teknik yang saya beri gelaran zaman kegelapan , saya sering juga ponteng aktiviti usrah yang dijalankan. Kemanisan usrah itu tidak dapat saya rasai sepenuhnya. Apa yang berlegar dihati adalah keterpaksaan untuk mengikuti program usrah yang dianjurkan oleh pihak surau.

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tidak pernah meninggalkan saya yang jahil ini.Setelah agak lama berada didalam zaman kegelapan, saya ditimpa satu ujian. Tidak perlulah saya menjelaskan apa ujian itu. Bagi kebiasaannya, orang akan menganggap ujian yang saya terima sebagai satu musibah tapi dimata saya, saya menganggap itu adalah satu teguran Allah S.W.T kepada diri saya yang lalai atas perintahnya.

Sekali lagi, saya diberi peluang untuk menyertai aktiviti usrah apabila salah seorang rakan saya mengajak saya berjumpa dengan rakan usrahnya. Alhamdulillah, aktiviti usrah yang saya sertai kali ini amat bermakna bagi diri saya. Allah S.W.T memberi saya peluang untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Dengan bernaqibahkan seorang ahli farmasi dari HUKM, saya mengikuti program usrah bersama ahli-ahli usrah yang lain dimana majoritinya adalah pelajar dari PPUKM.

Alhamdulillah, saya telah mengikuti aktiviti usrah ini sebanyak 3 kali.Pada permulaan usrah, kami akan sama-sama bertadarus. Selesai bertadarus, makna ayat suci Al-Quran yang dibaca akan cuba difahami. Dari tafsir Al-Quran ini, saya merasakan satu kenikmatan apabila membayangkan bahawa ayat suci Al-Quran ini adalah kata-kata dari Allah S.W.T yang saya cintai. Kebiasaan orang bercinta, ayat-ayat cinta dari kekasihnya akan membawa kegembiraan yang teramat sangat. Teguran dan larangan kekasihnya akan dihindarkan. Sekarang, saya hamba Allah yang lemah sedang berusaha kearah itu.

Seterusnya, usrah diteruskan lagi dengan kisah para sahabat. The Man Around The Messenger, buku yang menjadi rujukan untuk diceritakan kisahnya kepada ahli-ahli usrah yang lain. Setakat ini, saya mulai mengenali Musa'b Bin Umair, Abu Dharr al-ghifari dan Saad Bin Abi Waqqas. Kisah perjalanan hidup mereka yang pada awalnya bermula dari jahiliah kepada seorang Islam yang kuat mempertahankan agamanya amat saya kagumi. Begitu juga pengorbanan mereka demi kecintaan kepada Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan juga agama Islam akan saya ambil sebagai satu dorongan kepada saya untuk memperkuatkan diri ini.

Semoga Allah membukakan lagi pintu hati saya untuk terus beristiqamah dalam berusrah. Kemanisan dalam berukhwah kerana Allah S.A.W adalah amat berharga. Lafaz syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana menjadikan diri ini salah seorang insan yang terpilih untuk menambah lagi kecintaan terhadap diriNya. Alhamdulillah

Tuesday, May 15, 2012

Jangan pernah kau kejar cinta manusia selagi cinta Allah dan Rasulnya belum kau letak di keutamaanmu, Wahai hati, diriku berbicara denganmu, Sama-samalah kita kejar cinta yang satu, Lupakanlah cinta dunia yang menipu....

Sunday, March 4, 2012

Surprise for my dad

3 hari sebelum berangkatnya adik saya ke Australia, saya menghubungi bapak.

Zahra : Bapak, bila bapak datang kl, kakak ada surprise utk bapak
Bapak : Surprise apa kakak, bagitau la
Zahra : dah nama surpirse, mana boley bgtau"

Hari yang ditunggu telahpun tiba....

Hari pertama memakainya membuatkan saya berdebar-debar.
Ya Allah, benarkah hambamu sudah bersedia melangkah kehadapan?
Keraguan mulai menghantui diri.

Waktu itu, syaitan pun mulai berbisik dihati.
" Tak panaskah Zahra. Tengok itu, orang pandang kau pelik. Kau bukan baik sangat nak pakai macam nie. Nanti orang mengata kau. Tanggalkan saja"

Kemudian, di sudut kecil hati pula berbisik

" Wahai Zahra, dah lama kan kau sudah berniat.Bila lagi mahu melaksanakannya?
Ya, waktu ini adalah yang terbaik, Sebelum adikmu melangkah meninggalkanmu,biarkan dia pergi dengan tenang,kerna kakaknya sudah mahu berubah."


Bapak : Hello kakak, bapak dah sampai dekat maktab nie
Zahra: okeyh, kakak turun sekarang.

Disaat kaki melangkah ke kereta.

Zahra : Bapak, Surprise !!!
Bapak : Apa yang surprisenya.
Zahra : Tengoklah kakak.

Bapak tersnyum. Dahi saya dikucup.

Bapak: Larh, nie ker surprise
Zahra : Yer la, nie Surprise....

Kami terus beredar ke Putrajaya...

Bapak sudah lama suarakan hasrat hati untuk melihat saya begini. Ya sudah lama sangat....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
yang memegang hati-hati hambanya yang lemah seperti diri saya,
Saya Siti Fatimah Azzahra Binti Azhar,Insyaallah akan berusaha untuk istiqamah dengan apa yang saya lakukan ini.Semoga diri ini sentiasa kuat untuk berusaha memegang gelaran seorang muslimah yang sejati.

Monday, February 13, 2012

Ya Rabbi,
Jika dia bukan untukku,
Jauhkanlah diriku dari dirinya.

Jika dia benar untukku,
Mudahkanlah kami untuk menuju jalan redhamu
Jalan yang dilalui orang-orang beriman
dan jalan bagi orang yang engkau cintai.

Sunday, February 12, 2012

Tak lama lagi




X sabarnya tunggu hari itu,
Niat terpaksa ditangguh sebentar sbb elaun x masuk lagi.
X boleh nak beli senjata yang dicari.
Ya, senjata yang dicari.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Akanku mulakan jejak langkah ini,
Ya , tidak lama lagi,
X sabarnyaku menunggu hari itu,
Disaksikan pula oleh kedua ibu bapaku.
Ya, hari itu akan tiba tidak lama lagi.
Insyaallah, selagi nyawaku masih ada didunia ini.

Allah, kuatkan aku,
Istiqamahkan diriku,
Dan bimbinglah aku

Friday, February 3, 2012

My dear brother




Dude, i'm gonna miss you . Really.
Now, i'm waiting for the day you fly away.
Fly , fly high and leave us here. In Malaysia.
Grab all the opportunity that you have
and make your dream become a reality.
The obstacle that you face,
Don't forget, Allah will always be with you.

Hey boy,
I'm gonna miss you really,
In reflect, i hope you gonna miss me too.
Make mak and bapak proud,
Make us proud,
Yeah, please don't be like me.

Amir,
Yeah, my sweet little brother,
I'm gonna really miss you ,
Really...
Don't forget Allah, His massenger and us
I'm sure, we won't forget you too...

My doa...yeah
You're always have it

Saturday, January 7, 2012

Khilafku

Terima kasih Ya Allah,
Ujian yang engkau berikan membuatku banyak merenung kembali masa laluku.

Ya Allah, aku tidak pernah berburuk sangka padamu,
Aku tidak pernah berfikir bahawa kajatuhan diri adalah petanda kebencianmu,
Bagiku, itu adalah kasih sayangmu.

Bagiku, kegagalan yang tertulis ditakdirku adalah petunjukmu,
Petunjuk atas diriku yang sering terleka dengan suruhanmu,
Petunjuk supaya aku sedar akan khilafku.

Ya Allah,
Tertutupnya hijab fikiran diwaktu itu,
Aku tidak akan pernah menyalahkanmu,
Malainkan semua itu atas khilafku.

Sungguh Ya Allah,
Di waktu ini aku berasa dekat denganmu,
Betullah bak kata orang,
Bila sudah tersungkur,
Barulah diri ini kembali padamu.

Ya Allah,
Di waktu ini, aku dapat menilai sendiri,
Betapa setianya sahabatku,
Betapa kasihnya ibu bapaku,
dan betapa baiknya guruku
Dan betapa sayangnya dirimu padaku.

Terima kasih Ya Allah,
Engakaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani diri ini.

Facebook Badge