Thursday, October 28, 2010

Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)

Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka rasulullah saw,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.

Tujuan Majlis ini diadakan ialah:

1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya

2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.

4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.

5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.

6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.

7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”

Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya RAsulullah saw bersabda,

“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membawa kitab Allah,saling mengajarkan sesama mereka,melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)

P/S:

Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah,ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.

Untuk kaum wanita hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah ,Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada oranng.

dari Cik Bunga: bersyukur dapat hidup disuasana nie..di rumah dan di IPGM masih mengamalkannya

Sunday, October 10, 2010

once friend we're always be friend


Kawan datang dan pergi, kawan sehidup semati, kawan susah senang.....
Wow! Banyak juga jenis kawan yer. Tp bg cik bunga, sekali kawan selamanya akan menjadi kawan. Maksudnya disini, sekali seseorang itu tertampal logo' kawan' dimuka...eh2,bkn2.Sekali org itu menjadi kawan, walau banyak mana kesalahan atau pergaduhan yang kami lalui, saya@ cik bunga akan berusaha mengekalkannya. Rasa sayang x kalau orang yang kita dah lama berkawan tiba2 putus begitu sahaja?. Even kawan kita itu sejahat mana pun, kita sebagai kawan perlulah menunaikan hak kawan kita untuk mengajaknya kepada kebenaran.

Sebenarnya, cakap pasal kawan , cik bunga selalu nampak mentaliti masyarakat kita bahawa kawan yang jahat perlu kita jauhi. Bagi cik bunga, merekalah yang harus kita hampiri. Kalau kita sebagai kawan x mendekati mereka untuk membawa mereka kepada perkara yang betul, siapa lagi tempat mereka bergantung harap untuk mengubah mereka.

Sebenarnya, semasa cik bunga di asrama dahulu cik bunga ada seorang kawan. Ramai budak perempuan pinggirkan dia kerana kesalahan lampaunya. Sejak cik bunga kenal dia, cik bunga cuba dekati dia. Rupa-rupanya, dia mempunyai masalah yang menyebabkan dia menjadi begitu. Percayalah, setiap manusia yang dianggap jahat, mesti ada sebab mengapa mereka jadi begitu. Semakin lama cik bunga berkawan dengannya, cik bunga x nampak sebab mengapa budak perempuan yang lain pinggirkan dia. Apa yang cik bunga nampak adalah dia manusia yang terpilih oleh Allah untuk menempuh satu ujian dan memerlukan sokongan daripada sesiapa pun. Cik bunga berkawan rapat dengannya, menjadi tempat dia meluahkan perasaan dan masalah. Kami kongsi bersama saat suka dan duka dan dari situlah cik bunga nampak dia berubah secara perlahan-lahan . Sebenarnya, dia perlukan sesorang untuk dia meluahkan isi hati, bukan untuk dibenci.

Cik bunga pernah terbaca satu ungkapan dari buku Sinergi karya Hilal Asyraf. Ungkapannya berbunyi lebih kurang begini " andai kau terjun ke neraka, aku akan mengikutimu agar dapat aku tarik kau bersama-sama menuju kesyurga". Sanggupkah kita menjadi kawan sebegini? Sedikit pun jadilah. Tapi cik bunga masih tidak bersetuju bahawa rakan yang jahat harus kita jauhi. Kita cuba dekati tapi janganlah kita mengikuti. Faham? kita harus dekati mereka, tetapi kita jangan terikut dengan perangai jahat mereka. Selagi kita mampu merubah mereka, ubahkah. Jika kita rasa bahawa dengan mendekati mereka, kita juga akan terikut, cubalah jauhi mereka tetapi jangan tinggalkan terus mereka, berdoalah supaya mereka pula akan mengikuti kita. Yakinlah bahawa hati manusia ini adalah hak milik Allah, sekeras2 hati manusia, dengan izin Allah akan menjadi lembut juga. Sejahat-jahat manusia, dengan izin Allah akan menjadi baik juga. Jadi kepada siapa harus kita memohon?

Allah Maha Kuasa. Sedarlah bahawa kaunselor,polis dan sebagainya hanyalah asbab ( perantara) untuk manusia berubah. Janganlah kita yakin bahawa dengan berjumpa kaunselor dan sbgainya kawan kita akan berubah. Tetapi yakinlah bahawa Allah lah yang maha kuasa membetulkan hati kawan kita melalui kaunselor dan sebagainya. Jadi , kita perlu yakin kepada siapa? Allah MahaBesar. Yakinlah pada Allah.Cik Bunga ulangi lagi, yakinlah pada Allah.

Dirumah cik bunga selalu diadakan majlis 'taalim' ataupun bacaan hadis-hadis nabi dan kisah sahabat selepas maghrib. Selepas sesi 'taalim', bapa cik bunga akan menceritakan enam sifat sahabat nabi. Yang pertama ialah yakin dengan kalimah Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.Kali ini cik bunga rungkaikan maksud Lailahaillallah dahulu. Maksudnya disini adalah kita hendaklah yakin bahawa Allah yang maha kuasa. Makhluk semuanya tidak berkuasa. Jika kita lihat doktor mampu sembuhkan penyakit, kita perlu sedar bahawa tanpa izin Allah penyakit itu tidak akan sembuh. Doktor hanyalah perantara dari Allah kepada kita, jadi kita perlu yakin kepada siapa? Doktor? atau Allah? Sebab itulah, jika kita berkehendakkan apapun, Allah sentiasa ada dengan kita . Jika kita berkehendakan kawan kita untuk berubah, mohonlah dan yakinlah pada Allah. Kita akan menjadi kawan yang membawa kawan kita ke syurgawi. Itulah kawan sejati.


Facebook Badge