Monday, March 29, 2010

Hujan dan bunga


Selamat datang hujan...selamat tinggal mentari.

Sinaranmu terlampau panas untukku.

Hujan,kau penyejuk dikalbu

Dinginkanlah hidup bungaku.

Hujan....

Sunday, March 14, 2010

sukanya bila dia ceria


yeah,holiday....itulah yang ditunggu-tunggu
Saatnya untuk practice memeluk adik busuk
Cium sayang mak,bapa,nenek dan adik2 yang lain...
dan yg paling gembiranya,untuk mengucapkan tahniah untuk adik cik bunga ,Muhammad Amiruddin yang telah mendapat straight A's dlm peperiksaan SPM..
I'm proud of you my lil bro...
btw,sebelum balik,cik bunga ada la juga menjenguk-jenguk pasaraya SOGO untuk memborong coklat kegemaran seisi keluarga.
Tidak dilupa,handbag,telekung,baju dan tudung yang dipesan oleh mak..
hurm,otw balik sp mmg lama dri kebiasaannya.
Bayangkanlah,traffic jam sebelum keluar dri KL hampir dua jam.Waktu itulah digunakan untuk...KROHHHHHH...

Tatkala sampai SP,cik bunga disambut oleh dua org hero malaya,my dad and my bro.
Lapar punya pasal,kami bertiga meredah kegelapan malam untuk bersantap tatkala ditengah malam kat restoren mamak.
Blurpp,kenyang.Pastu bru balik rumah.
Sampai jer rumah,adik kesayangan dah tido.

Lps tu maka mula ler mesyuarat tgh malam antara ahli keluarga.
Sembang punya sembang,sedar2 dah pukul 3 pagi.
After that,sesi memberi  barang yg dibeli...
waktu inilah rasa bahagia apabila orang yang cik bunga sayang gembira.

Yup,bila kita dpt menggembirakan orang yang kita sayang,kebahagiannya adalah luar biasa.
diulang,KEBAHAGIAANNYA ADALAH LUAR BIASA.
jadi,sentiasalah buat org yg tersayang gembira.

Bahagia sekarang,dengan family tercinta


Monday, March 1, 2010

masih berpegang pd prinsip


Pagi yang indah dimulakan dengan senyuman yang lebar.Ya,senyum itulah pengubat duka sepanjang cik bunga menuntut ilmu disini.

Pagi yang indah ini,cik bunga memulakan rutin sebagai seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik seperti biasa.Kelas MR.Burn,lecturer bahasa inggeris pon bermula seperti biasa.

Hari ini,cik bunga dikejutkan dengan pertanyaan dari MR Burn ketika cik bunga sedang membuat kerja disebelahnya

"Kamu dah ada boyfriend"tanya MR Burn kpd cik bunga

"haha,x der"jawab cik bunga

"betoi ka?tipu ler"MR Burn bertanya lagi

"betoi la,saya x der boyfriend.Kalau ayah saya tahu nnti dia marah"jawab cik bunga lagi.


Betoi,cik bunga x tipu.Nama boyfriend x pernah wujud dalam kamus kehidupan cik bunga.

Kenapa?sbb x der org minatkah?haha...jgn x caya,dulu pernah ada sorang lelaki luahkan perasaan dia dekat cik bunga tp cik bunga tolak sbb cik bunga ingat pesan ayah,ayah x suka bopren2 nie.Maka,tertolaklah cinta lelaki itu free2 ja

Cik bunga bukan kejam,tp mmg boyfriend itu x perlu dlm kehidupan cik bunga.Cukuplah ada bapa,mak,tok,arwah tok wan,pakcik,makcik,adik-beradik,sepupu,kawan dan kucing.Hidup cik bunga sudah bahagia.Jd x perlu ada boyfriend dlm hidup ini.

Diulang,hidup cik bunga sudah bahagia...tidak perlu boyfriend2 dlm hidup ini.Alhamdulillah,cik bunga masih utuh dengan prinsip cik bunga,tak pernah dan x akan kaple...


Facebook Badge