Monday, June 25, 2012

The Happiness Circle




Assalamualaikum pembaca sekalian, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diterbitkan idea untuk menulis entri kali ini. Sudah lama niat dipahat,Alhamdulillah atas kelapangan masa dapatlah direalisasikan.

Entri kali ini akan lebih menfokuskan mengenai pengalaman saya sendiri mengikuti satu bulatan yang menggembirakan. Haha, kepada yang tahu sila senyap dulu. Kepada yang tak tahu sila buat muka blurr sebentar

Ok, saya nampak muka blurr itu. Baiklah, bulatan kegembiraan yang saya maksudkan disini adalah gelaran yang diberi oleh Wardina Safiyyah kepada satu aktiviti yang digelar Usrah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana setelah lama saya mencari-cari bulatan kegembiraan yang benar-benar menggembirakan, akhirnya saya temui.

Saya merupakan murid beraliran sekolah kebangsaan dan kemudiannya melanjutkan pula pengajian ke sekolah convent. Sepanjang saya mengikuti pengajian di kedua-dua sekolah tersebut, saya secara jujurnya tidak pernah mendengar perkataan usrah. Tambahan pula, melalui pengalaman saya belajar disekolah convent,agama tidaklah begitu menjadi satu keutamaan disini. Oleh itu, memang jauh sekali perkataan usrah itu trbit dari lidah pelajar disana.

Apabila berhijrah pula ke sekolah berasrama iaitu MRSM, saya mulai diberi pendedahan yang lebih terhadap aktiviti berunsur keagamaan. Disanalah saya mengenal apa itu mathurat dan juga bulatan kegembiraan. Ya, bulatan kegembiraan. Namun begitu, saya tidak berpeluang untuk menyertainya. Entah mengapa, waktu itu mulut ini tidak berani meminta untuk menyertai usrah yang diadakan. Mungkin kerana pada waktu itu saya menyangka bahawa usrah itu hanya untuk ahli BADAR disana. Apa yang saya mampu buat hanyalah mengintai dicelahan tingkap surau untuk melihat aktiviti usrah yang dijalankan. Namun begitu, Allah masih memberi saya peluang untuk berusrah secara tidak langsung. Di MRSM, saya agak rapat juga dengan ahli BADAR. Pada merekalah saya mendapat usrah yang tidak langsung dimana jika saya mempunyai permasalahan mengenai agama, saya akan berada bersama mereka untuk membincangkannya.

Alhamdulillah, peluang melanjutkan pelajaran di IP Teknik membuka mata saya dengan lebih luas mengenai aktiviti usrah. Namun begitu, diri ini agak jahil pada permulaannya. Biasalah manusia, imannya adalah bak air dilautan. Ada pasang surutnya. Seingat saya, pada permulaan berada di IP Teknik yang saya beri gelaran zaman kegelapan , saya sering juga ponteng aktiviti usrah yang dijalankan. Kemanisan usrah itu tidak dapat saya rasai sepenuhnya. Apa yang berlegar dihati adalah keterpaksaan untuk mengikuti program usrah yang dianjurkan oleh pihak surau.

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tidak pernah meninggalkan saya yang jahil ini.Setelah agak lama berada didalam zaman kegelapan, saya ditimpa satu ujian. Tidak perlulah saya menjelaskan apa ujian itu. Bagi kebiasaannya, orang akan menganggap ujian yang saya terima sebagai satu musibah tapi dimata saya, saya menganggap itu adalah satu teguran Allah S.W.T kepada diri saya yang lalai atas perintahnya.

Sekali lagi, saya diberi peluang untuk menyertai aktiviti usrah apabila salah seorang rakan saya mengajak saya berjumpa dengan rakan usrahnya. Alhamdulillah, aktiviti usrah yang saya sertai kali ini amat bermakna bagi diri saya. Allah S.W.T memberi saya peluang untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Dengan bernaqibahkan seorang ahli farmasi dari HUKM, saya mengikuti program usrah bersama ahli-ahli usrah yang lain dimana majoritinya adalah pelajar dari PPUKM.

Alhamdulillah, saya telah mengikuti aktiviti usrah ini sebanyak 3 kali.Pada permulaan usrah, kami akan sama-sama bertadarus. Selesai bertadarus, makna ayat suci Al-Quran yang dibaca akan cuba difahami. Dari tafsir Al-Quran ini, saya merasakan satu kenikmatan apabila membayangkan bahawa ayat suci Al-Quran ini adalah kata-kata dari Allah S.W.T yang saya cintai. Kebiasaan orang bercinta, ayat-ayat cinta dari kekasihnya akan membawa kegembiraan yang teramat sangat. Teguran dan larangan kekasihnya akan dihindarkan. Sekarang, saya hamba Allah yang lemah sedang berusaha kearah itu.

Seterusnya, usrah diteruskan lagi dengan kisah para sahabat. The Man Around The Messenger, buku yang menjadi rujukan untuk diceritakan kisahnya kepada ahli-ahli usrah yang lain. Setakat ini, saya mulai mengenali Musa'b Bin Umair, Abu Dharr al-ghifari dan Saad Bin Abi Waqqas. Kisah perjalanan hidup mereka yang pada awalnya bermula dari jahiliah kepada seorang Islam yang kuat mempertahankan agamanya amat saya kagumi. Begitu juga pengorbanan mereka demi kecintaan kepada Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan juga agama Islam akan saya ambil sebagai satu dorongan kepada saya untuk memperkuatkan diri ini.

Semoga Allah membukakan lagi pintu hati saya untuk terus beristiqamah dalam berusrah. Kemanisan dalam berukhwah kerana Allah S.A.W adalah amat berharga. Lafaz syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana menjadikan diri ini salah seorang insan yang terpilih untuk menambah lagi kecintaan terhadap diriNya. Alhamdulillah

Facebook Badge